Laman Utama
Anggun C Sasmi Miliki Beg Tangan Harga RM1 Juta, Netizen Tanya: “Duitnya Banyak Mana?”
Penyanyi Anggun C Sasmi memang cukup dikenali dalam kalangan peminatnya. Bintang yang lahir di Indonesia kini, menetap di Perancis dan menjalani karier nyanyiannya di sana sejak sekian lama.
Baru baru ini sekeping foto yang dimuat naik dalam Instagram dengan nama @hermes.selebriti menjadi bualan. Bukan kerana kecantikannya yang selalu menerima pujian, tetapi netizen bercakap mengenai beg tangan yang dipegang penyanyi tersebut.
Bukan calang calang, beg tangan tersebut adalah dari jenawa mewah Hermes. Lebih tepat, pemilik akaun itu mengungkapkan beg tangan yang dimiliki Anggun itu dari edisi Hermes Birkin 25 Matte Himalaya Niloticus Crocodile with Palladium Hardware.
Akaun tersebut juga mendedahkan harga beg tangan dari edisi tersebut yang membuat netizen memberikan pandangan mereka, lapor Wolipop.
Beg tangan tersebut bernilai RM1.2 juta!
Hal itu membuatkan salah seorang netizen bertanya: “Jika beg tangan pun sudah RM1.2 juta, jadi duitnya ada berapa banyak?”
Diketahui, edisi beg tangan mewah milik Anggun itu dibuat daripada kulit buaya Niloticus. Bahagian dalam beg dilapisi dengan Gris Perle Chevre dan memiliki satu poket dengan risleting berukir Hermes. Di sisi sebaliknya, terdapat satu poket terbuka.
Must-Watch Video