Sebuah filem yang mengangkat sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) berjudul Rajah kini menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Mac lalu.
Kerjasama antara syarikat produksi, Margate House Films dan 852 Film dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak itu diterajui Jonathan Rhys Meyers yang memegang watak James Brooke.
Lebih menarik, dua bintang popular tanah air iaitu Bront Palarae dan Shaheizy Sam diberikan kepercayaan untuk menjayakan filem penuh bersejarah ini.
Menurut Bront, dia menyifatkan peluang diberikan untuk terbabit dalam pembikinan filem sejarah negeri Sarawak itu adalah pengalaman berharga buatnya.
"Saya rasa beruntung apabila terpilih untuk menggalas watak ini dan sangat senang untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon lain.
"Walaupun dari negara, latar belakang dan budaya berbeza, pendekatan kerja boleh dikatakan sama. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di set penggambaran, jadi kesemua yang terbabit tidak ada masalah untuk berkomunikasi.
"Ada juga beberapa kesempatan untuk pelakon-pelakon luar mempelajari bahasa kebangsaan dan dialek dialek Sarawak," katanya.
Sementara itu, Sam pula menganggap ia adalah satu pengalaman berharga biarpun senario lakonan di Sarawak menjadi cabaran utama buatnya.
"Pengalaman berlakon dalam filem Rajah sangat berbeza bagi saya kerana berada dalam suasana yang baharu. Penggambaran juga dijalankan sepenuhnya di Sarawak dan itu adalah kali pertama buat saya.
"Walaupun penggambarannya boleh dikatakan mencabar dan tidak berada dalam keadaan selesa, tetapi ia adalah pengalaman yang baik buat saya.
"Selain itu, cabarannya adalah saya perlu menggalas watak orang Melayu zaman dahulu dan menyesuaikan diri dengan bahasa serta budaya di Sarawak," katanya.
Lebih mengujakan apabila filem sentuhan pengarah, Michael Haussman itu turut menceritakan pengembaraan James Brooke sejak mula berlayar ke Borneo yang pada ketika itu masih berada di bawah kawalan kesultanan Brunei pada 1839.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Margate House Films, Rob Allyn berkata, dia mula berminat untuk menjalani penggambaran kehidupan James Brooke selepas mengenali tokoh itu melalui nota dalam sebuah novel hasil penulisan George MacDonald Fraser pada 2009.
Kemudian, Rob terjumpa buku bertajuk 'Rajah Putih Sarawak' yang menceritakan sejarah James Brooke di sebuah kedai buku di Singapura, sekali gus menarik minatnya untuk menterjemahkannya dalam bentuk filem.
“Saya mengambil masa selama tiga tahun memikirkan untuk menghasilkan filem ini. Penulisan skrip filem ini bermula pada 2013 sejurus saya dan pasukan produksi bersetuju untuk menjadikan penceritaan ini sebagai sebuah filem,” kata Rob.
Filem Rajah menampilkan bintang hebat dari pelbagai negara seperti Atiqah Hasiholan (Indonesia), Dominic Monaghan (British), Hannah New (United Kingdom) dan Josie Ho (Hong Kong).
Pembikinan filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Malah, dana tunai sebanyak 30 peratus daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut disalurkan kerana pihak produksi terbabit memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan kerjasama syarikat produksi tempatan.
Lokasi utama penggambaran secara keseluruhannya dijalankan di Sarawak, bermula 24 September 2019 hingga akhir Oktober pada tahun sama.
Saksikan filem Rajah di pawagam seluruh negara sekarang!
Shahrin Zulkifle
Tue Mar 14 2023
![Angkat Kisah James Brooke, Filem Rajah Kini Menemui Penonton Di Pawagam! Angkat Kisah James Brooke, Filem Rajah Kini Menemui Penonton Di Pawagam!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/shahrin-canva-fb-2023-03-14t133740-726.png?ext=.png)
![Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah? Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_baim_wong_1.jpg?ext=.jpg)
Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah?
Pelakon Indonesia, Baim Wong masih mengunci mulut berhubung khabar angin rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven sedang bergolak.
![Konsert Spider Keluar Sarang ‘Pecah Habis’, Spider Juara Satu & Popular Di Hati Peminat Konsert Spider Keluar Sarang ‘Pecah Habis’, Spider Juara Satu & Popular Di Hati Peminat](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_spider.jpg?ext=.jpg)
Konsert Spider Keluar Sarang ‘Pecah Habis’, Spider Juara Satu & Popular Di Hati Peminat
Jika Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq dan Allahyarham Tony Iskandar masih punya hayat, mereka akan menjadi individu yang akan turut merayakan kejayaan luar biasa Spider Keluar Sarang Live in Kuala Lumpur 2024 di Zepp KL pada 22 Jun 2024.
![Selebriti Ular Malaysia Dwan Hamid Mohon Maaf, Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz - Saya Betul-Betul Ikhlas Menjaganya Di Hospital Selebriti Ular Malaysia Dwan Hamid Mohon Maaf, Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz - Saya Betul-Betul Ikhlas Menjaganya Di Hospital](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_dwan_hamid.jpg?ext=.jpg)
Selebriti Ular Malaysia Dwan Hamid Mohon Maaf, Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz - "Saya Betul-Betul Ikhlas Menjaganya Di Hospital"
Pelakon dan selebriti ular Malaysia, Dwan Hamid berharap tiada lagi salah faham terhadap dirinya yang didakwa kononnya sengaja mengambil kesempatan dan mempergunakan bekas wartawan hiburan popular Allahyarham Huzz semasa hayatnya.
![Pemenang 'Anjing Terhodoh Dunia' 2024 Diumumkan, Bawa Pulang RM23,000 Pemenang 'Anjing Terhodoh Dunia' 2024 Diumumkan, Bawa Pulang RM23,000](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_anjing_hodoh.jpg?ext=.jpg)
Pemenang 'Anjing Terhodoh Dunia' 2024 Diumumkan, Bawa Pulang RM23,000
Seekor anjing di Amerika Syarikat dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia.
![EURO 2024: Budak Terlepas Masuk Padang, Selfie Dengan Ronaldo Buat Perlawanan Terhenti Empat Kali EURO 2024: Budak Terlepas Masuk Padang, Selfie Dengan Ronaldo Buat Perlawanan Terhenti Empat Kali](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_ronaldo.jpg?ext=.jpg)
EURO 2024: Budak Terlepas Masuk Padang, Selfie Dengan Ronaldo Buat Perlawanan Terhenti Empat Kali
Pentas Euro 2024 memang menghadirkan sensasi tersendiri sehingga ada yang sanggup membelakangkan etika atau menikmati perlawanan hanya untuk kepuasan peribadi.
![Allah Bagi Saya Peluang Kedua - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang Allah Bagi Saya Peluang Kedua - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/23/astro-gempak-hafidz-roshdi-mahu-comeback-berlakon.png?ext=.png)
"Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang
Pelakon, Hafidz Roshdi memanjatkan rasa syukur kerana dapat berlakon kembali selepas lebih setahun tiada tawaran.
![Individu Ceroboh Rumah Aeril Zafrel Tampil Mohon Maaf, Nafi Letak ‘Barang’ Sihir Individu Ceroboh Rumah Aeril Zafrel Tampil Mohon Maaf, Nafi Letak ‘Barang’ Sihir](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/23/astro-gempak-aeril-zafrel-semuka-dengan-invidivu-ceroboh.png?ext=.png)
Individu Ceroboh Rumah Aeril Zafrel Tampil Mohon Maaf, Nafi Letak ‘Barang’ Sihir
Pelakon Aeril Zafrel membuat pertemuan bersama individu yang didakwa menceroboh dan menghantar ‘barang’ sihir ke kediaman mereka.
![Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen? Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/23/astro-gempak-aliff-aziz-cover-lagu-hal-hebat.png?ext=.png)
Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?
Selepas lama menyepikan diri di media sosial, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkongsi sepotong video menyanyikan lagu berjudul Hal Hebat.
![Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_bapa_mentua_meninggal.jpg?ext=.jpg)
Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan
Seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar, pilu selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di jalan simpang Kota Belud pada Ahad akibat kenderaan mereka rosak.
![Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah! - Kawan-Kawan Pun Cakap ... Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah! - Kawan-Kawan Pun Cakap ...](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2024/june/19/astro_gempak_alyssa-perakaunan.jpg?ext=.jpg)
Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah! - "Kawan-Kawan Pun Cakap ..."
Penyanyi dan pelakon muda Alyssa Dezek tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik aliran perakaunan sebelum memasuki tingkatan empat.