Pelakon berbakat Remy Ishak akui melakonkan watak Zafran dalam Jangan Menangis Cinta sebenarnya agak mencabar.
Menurut Remy, karakter Zafran sangat berbeza dengan watak yang pernah dibawakan sebelum ini.
Menurutya, Zafran bukan bermula terus sebagai hero kerana dia sebenarnya lebih kepada anti-hero.
“Permintaan anti hero ni pun dikuatkan lagi oleh pengarah. Bila saya baca skrip watak ni, terfikir mereka ni sure ke.
“Saya macam annoying dengan watak Zafran, tapi saya juga la yang kena lakonkan watak Zafran dan di situ saya saya lihat kredibiliti saya sebagai pelakon untuk buatkan orang lebih yakin.
“Saya pun taknak orang label dekat saya, oh love dan romantik je bagi dekat Remy. Benda ni akan jadi kebosanan,” katanya,
Jelas aktor kacak ini lagi, selain itu dia juga melihat watak tersebut sangat angkuh.
“Watak tu nampak angkuh yang saya sendiri tak boleh digest.
“Saya rasa, bila baca dialog saya request boleh tak ubah ‘torn down’ sikit ke.
“Tapi saya tak boleh ubah, saya kena jadi dia. Memang berbalik tujuan asal saya untuk jadi watak lain daripada yang pernah saya lakonkan,” katanya kepada Gempak baru-baru ini.
BACA: Nama Remy Ishak Trending Di Twitter, Netizen Tak Sabar Menonton Drama Jangan Menangis Cinta Malam Ini!
Sekadar info, Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.
Hasil garapan sutradara Raja Mukhriz, drama ini turut dibintangi barisan pelakon Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman, Atilia Haron dan ramai lagi.
Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.