Penyanyi Ani Mayuni melahirkan rasa sayu apabila mengenangkan kedua ibu bapanya yang telah lama pergi menghadap Illahi.
Menurut Ani, selama memendam perasaan rindu selepas ketiadaan orang tuan, dia hanya menumpang kasih dengan ibu mentua yang disayangi.
“Saya sudah lama ketiadaan ibu dan ayah. Justeru, dah lama tak bergaduh dengan suami nak balik mana setiap kali tibanya hari raya.
“Kini, saya cuma ada ibu mentua sahaja untuk menumpang kasih,” katanya kepada Gempak.
Ani atau nama sebenarnya, Aishah An-Nur Osman itu turut memberitahu, hal yang paling dirindukan tentulah memeluk dan mencium kedua orang tuanya pada pagi raya.
“Tanyalah sesiapa sahaja, kalau tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri, pasti akan ada peluk dan cium dengan ibu dan bapa. Tapi saya dah tak boleh buat sebab ibu dan ayah dah tiada.
“Rasa sedih… Terutama apabbila tengok orang lain masih ada ibu bapa, saya jadi cemburu. Sebab perkara itu akan membuatkan saya jadi sensitif,” katanya lagi.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 44 tahun itu menasihati peminat dan orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa supaya memanfaatkan masa yang ada bersama ibu bapa selagi hayat dikandung badan.
“Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, ambil masa sebaik mungkin selagi mereka masih ada. Rasai kemanisan bersama orang tua dan janganlah susahkan hati mereka,” katanya.
Izwan Isa
Mon May 02 2022

_4.png?ext=.png)
Ceria PopStar Xtra Rasmi Melabuhkan Tirai, Jom Recap Persembahan Finalis Akhir & Komen Juri
Tahniah kepada semua finalis

Penyanyi Kelahiran Malaysia Meninggal Dunia Di Taiwan
Akibat terjatuh.

“Bangun 5 Pagi, Lepas Solat Baca Satu Juz” - Umur 9 Tahun Dah Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Datuk Kongsi Aktiviti Harian Adik Haikal\
Semoga kisah adik Haikal jadi inspirasi kita bersama.

Siri 366 Hari Ke-243 Tampil Jalan Cerita Berbeza, Angkat Keharmonian Hidup Di Malaysia
Siri 366 angkat jalan cerita tentang rakyat Malaysia

“Ada Cadangkan Saya Minum Air Peria Katak” - Sebab Ikut Nasihat Rakan, Kencing Manis Ako Mustapha Makin ‘Teruk’
Ako kini lebih teliti dalam mengikut pelan perubatan yang diberikan oleh doktor

Video Cium Dahi Hos Indonesia Tular, Netizen Risau Meerqeen Bakal Dikecam - “Takut Dihentam, Delete Please!”
Peminat suruh Meerqeen behave.
![[VIDEO]: “Hadiah Terindah Bagi Dekat Awak, 11 Tahun Penantian Kita… Insya-Allah” – Isteri Achey Jalani Rawatan IVF [VIDEO]: “Hadiah Terindah Bagi Dekat Awak, 11 Tahun Penantian Kita… Insya-Allah” – Isteri Achey Jalani Rawatan IVF](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-18-at-12-05-15-pm.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO]: “Hadiah Terindah Bagi Dekat Awak, 11 Tahun Penantian Kita… Insya-Allah” – Isteri Achey Jalani Rawatan IVF
Insya-Allah, sama-sama kita doakan.

“Macam Enjit-Enjit Semut Je”- Ning Baizura Tak Layan Kecaman, Gembira Terima Sokongan Rakan Selebriti
Ning Baizura Gembira Terima Sokongan Rakan Selebriti
![[VIDEO] Saya Bayangkan Ada Seseorang Datang Ucap ... - Aini Mazalan [VIDEO] Saya Bayangkan Ada Seseorang Datang Ucap ... - Aini Mazalan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/aini_mazalan_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Saya Bayangkan Ada Seseorang Datang Ucap ..." - Aini Mazalan
Penyanyi baru, yang mula berjinak dalam mencipta nama di industri hiburan, Aini Mazalan kini tampil dengan single pertamanya berjudul Sementara.

EPISOD PENUH - KIDS NOWADAY | EPISOD 3
Jom kita layan drama baru, Kids Nowaday dengan lakonan hebat Dato Awie sebagai Jaafar dan ramai lagi! Jom kita layan!