,
Laman Utama

Antibiotik? Madu Lebih Berkesan Legakan Batuk Dan Selsema

Mya Amri
10/09/2020
05:45 MYT
Selesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia.
Namun tahukah anda kajian sistematik dan metà analisis terkini mendapati madu adalah lebih berkesan untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan seperti batuk, selsema dan sakit tekak berbanding penggunaan antibiotik.
Menurut perkongsian laman Facebook Public Health Malaysia, hanya dua sudu kecil madu diperlukan untuk melegakan gejala berkenaan.
“Hanya dua sudu kecil madu diperlukan, makan begitu sahaja atau campurkan dalam air suam dan minum perlahan lahan.
“Untuk makluman, jangkitan pernafasan ringan biasanya berpunca dari jangkitan virus. Pengambilan antibiotik TIDAK BERKESAN untuk jangkitan virus.
“Pengambilan Antibiotik berlebihan menyebabkan risiko rintangan- ia tidak lagi berkesan apabila ia diperlukan,” kongsi laman berkenaan.
Bagaimanapun, Public Health Malaysia menegaskan madu tidak digalakkan kepada anak-anak berusia 2 tahun ke bawah.
“*PENTING - Risiko jangkitan infant botulism. Kanak kanak bawah 2 tahun tidak digalakkan untuk diberi madu. Kanak-kanak bawah 1 tahun TIDAK BOLEH diberi madu,” jelas perkongsian itu.
Gempak berharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Hiburan

Imbau Detik Perkenalan Dengan Suami, Zarina Zainuddin Tetap Pegang Amanah Jaga Maruah Madu - “Mak Saya Tak Setuju Masa Itu Sebab…”

gempak
21/10/2024
20:55 MYT
Berkongsi pengalaman hidup bermadu, pelakon Zarina Zainuddin mengakui dia pada mulanya menolak untu berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Unitar