Astro Gempak menggondol tiga anugerah sekaligus dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.

Gempak memenangi Anugerah Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Menarik menerusi Sentiasa Di Sini iaitu sebuah lagu tribute yang menampilkan 26 artis tempatan ketika rakyat Malaysia berdepan pandemik Covid-19.



Anugerah kedua di malam kemuncak ASA 2020 juga menyaksikan Gemlak memenangi Anugerah Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik menerusi drama bersiri pendek Bunga's Secret Garden.



Sementara itu sebuah lagi anugerah telah dimenangi Gempak pada malam pertama ASA 2022 semalam iaitu Anugerah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik menerusi Drama Kampung Malar.


Dengan kemenangan itu Astro Gempak menerima sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM5,000 bagi setiap anugerah.

Buat julung kalinya juga, ASA 2022 turut memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.

Sementara itu, Sepahtu Reunion Live 2020 Asteo Warna menggondol Anugerah Komedi TV Terbaik.

Pelakon Eman Manan juga memenangi Pelakon Lelaki TV Drama Terbaik menerusi Drama Satu Kampung Dua Orang dari saluran Astro Citra

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik dimenangi oleh Sham Hashim menerusi drama Scammer dari saluran Astro Ria.

Sementara itu kategori kemuncak Anugerah Drama TV Terbaik menobatkan Drama Pencipta Pegang Waktu.

Anugerah Tokoh Seri Angkasa pula diberikan kepada Fauziah Nawi.

ASA yang memartabatkan penggiat seni dan para karyawan industri kreatif tanah air itu telah selesai mengumjmkan 38 kategori semalam dan berbaki 34 kategori hari ini.

Berikut merupakan senarai pemenanang bagi 34 kategori untuk malam kemuncak ASA 2022:

Video klip hiburan menerusi YouTube Rasmi Terbaik - Sentiasa Di Sini (Astro Gempak)

Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Bunga’s Secret Garden (Astro Gempak)

Pengimbangan Audio Radio (lokasi) Terbaik – Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio)

Hiburan Radio Terbaik – Raya Extravaganza (Traxx FM)

Pesanan Khidmat Awam & Kapsul Radio Terbaik – Sketsa Banjir Dan Pindah (Sabah FM)

Penyampai Radio Lelaki Terbaik – Mohd Azlan Omar : Ruangan Pilihan Pendengar (Klasik Nasional)

Penyampai Radio Wanita Terbaik – Azlina Kamarudin : Getaran Pagi (Negeri FM)

Jurukamera TV SCP Terbaik – Nileshkumar Rajendran : Manmadha Bullets ( Astro)

Jurukamera TV Multiple Camera Production Terbaik - Konsert Minggu Ini Dayamg Nurfaizah & Hael Husaini (RTM)

Penataan Cahaya TV Terbaik – Berdua (TV1)

Audio Rancangan TV Terbaik - Andrew Lew : Anugerah MeletopEra 2020 ( Astro Ria)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik – Berdua (TV1)

Pesanan Khidmat Awam & Kapsul TV Terbaik – PSA Pencegahan Bunuh Diri (Berita RTM)

Buletin TV Terbaik – Berita Perdana Edisi Khas Belanjawan 2021 (Berita RTM)

Wartawan TV Terbaik – Mas Zharif Zhafri Abdul Azid : ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti ( TV9)

Liputan Sukan TV Terbaik – Mohammad Fairuz Abd Hanif : Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 , Kuala Lumpur City Lawan Johor Darul Ta’zim (TV1)

Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik – Siaran Langsung hari Angkatan Tentera Ke-86 (Berita RTM)

Pengacara TV Terbaik – Ahmad Fedtri Yahya : Jejak Rasul (TV3)

Penyampai Berita TV Terbaik – Norliza Mohd Zain : Buletin Utama (TV3)

Hiburan Muzikal TV Terbaik – Gegar Vaganza 7 (Astro Ria)

Majalah TV Terbaik – Majalah 3 : Predator Darat (TV3)

Komedi TV Terbaik – Sepahtu Reunion Live 2020 ( Astro Prima)

Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik – Beto Khusyairy: Anugerah Terindah (Salam FM)

Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik – Lisdawati: Akhirnya Bahagia Meluruh ( Nasional FM)

Skrip Drama Radio Terbaik – Akhirnya Bahagia Meluruh (Nasional FM)

Drama Radio Terbaik – Anugerah Terindah (Salam FM)

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik – Eman Manan: Satu Kampung Dua Orang (Astro Citra)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik – Khatijah Tan: Rabak (TV3)

Skrip Drama TV Terbaik – Sham Hashim : Scammer (Astro Ria)

Pengarah Drama TV Terbaik – Zainorhisyam Samudin : Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Dokumentari TV Terbaik –Social Playlist (Astro AEC)

Drama TV Terbaik – Pencipta Pegang Waktu : Nor Shahila Harun Shah (TV3)

Tokoh Seri Angkasa 2022 – Fauziah Nawi