Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berjaya menamatkan cabaran IRONMAN Malaysia dengan masa 12 jam 48 minit 38 saat.
- Video tular menunjukkan Syed Saddiq berlari mendapatkan isterinya, Bella Astillah, dan mencium pipinya selepas tamat cabaran.
- Seorang netizen memuji tindakan ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, yang memberi ruang kepada Bella untuk beri sokongan terlebih dahulu.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyorot perhatian apabila berjaya menamatkan cabaran IRONMAN Malaysia dengan catatan masa selama 12 jam 48 minit dan 38 saat.
Momen membanggakan itu kemudiannya tular dan menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan kehebatan suami kepada selebriti, Bella Astillah itu.
Terbaharu, tular satu video memaparkan Syed Saddiq yang berlari mendapatkan Bella sebelum mencium pipi isterinya itu usai menamatkan cabaran.
Walau bagaimanapun, lain pula diperhatikan seorang netizen yang tampil memuji tindakan ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Menurut individu tersebut, tindkaan Sharifah yang dilihat memberi ruang kepada Bella untuk memberi sokongan kepada anaknya terlebih dahulu merupakan satu tindakan yang sangat bagus malah wajar dipuji dan dicontohi
“Aku suka tengok mak SS (Syed Saddiq) biarkan Bella pergi dulu kat SS.
“Sebelum kahwin Bella pun biar mak SS yg pergi kat SS dulu,” komen netizen tersebut.
Sumber: Instagram