HIBURAN
Anzalna Dah Survey Sekolah Anak Sejak Bayi Lagi - "Saya Nak Berikan yang Terbaik"
Pelakon jelita Anzalna Nasir menitikberatkan hal pendidikan dan persekolahan anak-anaknya.
Terbukti tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sejak tujuh tahun lalu, Anzalna mahu fokus terbaik diberikan buat permata hatinya itu termasuk meninjau sekolah terbaik buat mereka.
"Tahun ini Eidress 6 tahun, saya dah ambil berat tentang sekolah mana nak hantar.
"Apa saya buat adalah buat tinjauan antara sekolah antarabangsa dan kerajaan sebab nak tengok perbezaan dan mana lebih sesuai dengan anak.
"Kita pun bekerja untuk masa depan anak, jadi memang nak berikan yang terbaik.
"Selepas buat tinjauan, mana-mana sekolah okey cuma anak kita kena selesa," katanya kepada Gempak.
Anzalna ditemui pada majlis meet & greet duta-duta Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
.jpeg)

BERITA TRENDING: Jakel Perkenal 10 Selebriti Sebagai Wajah Baharu Untuk Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025
BERITA TRENDING: Tiada Paksaan Untuk Bekerja Demi Duit, Anak Anzalna Nasir Seronok Jadi Duta & Model - “Kalau Mereka Tak Nak, Biarkan Saja”
Kata Anzalna lagi, keputusannya itu didorong oleh cara dia dibesarkan oleh keluarga yang mementingkan pelajaran."Saya suka fikir masa depan. Biar kita buat persediaan pada awal.
"Dari kecil pun saya sekolah di luar, saya nak anak rasa apa yang saya lalui waktu kecil.
"Bagi saya, macam mana pun nak pilih sekolah terbaik untuk anak,” jelasnya.
Sementara itu, kata suaminya, Hanif Zaki, pelakon itu sudah mula membuat tinjauan beberapa sekolah buat anak-anaknya sejak Perintah Kawalan Keselamatan (PKP).
"Anzalna memang sangat teliti lebih-lebih lagi fasal pendidikan sebab itu dia pilih untuk tak berlakon.
“Dia nak besarkan anak dahulu tetapi saya bersyukur juga sebab boleh fokus kerja.
"Dia mula buat tinjauan sekolah sejak zaman PKP, ketika itu anak saya masih bayi," tambahnya.
Untuk rekod, Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 6 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video