Laman Utama
Apa Cerita Puteri Sarah, Syamsul Yusof? - "Allah Yang Tentukan, Saya Dah Lama ..."
Terus menjadi tanda tanya, pelakon Puteri Sarah Liyana memilih untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangganya dengan pengarah popular, Syamsul Yusof.
Jelas Puteri Sarah, dia masih tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku, namun berharap ada perkara terbaik untuk dia dan anak-anak.
"Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu yang positif bakal berlaku. Doakan benda yang terbaik untuk saya dan anak-anak.
Advertisement
"Orang boleh bercakap apa saja suruh buat itu dan ini. Insya-Allah apa yang saya nak itu anda akan tahu nanti," katanya.
Ditanya adakah bakal berpisah dengan Syamsul, Puteri Sarah secara diplomasi mengharapkan doa orang ramai.
"Saya tak tahu, Allah yang tentukan. Saya dah lama reda sebaik saya buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau rasa menyesal.
"Jadi azam tahun depan semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa keputusan yang saya pilih selepas ini. Saya berharap doa orang ramai.
"Saya tak sangka apabila saya dedahkan perkara ini ramai rupanya yang menyokong, tidak kurang juga yang marah dengan pendedahan ini.
"Kepada ada yang mengalami sama seperti saya jangan takut untuk bertindak. Jangan menzalimi diri anda dan silalah keluar daripada perhubungan toksik," tambahnya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu, kisah kemelut rumah tangga pasangan itu didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
Puteri Sarah juga baru-baru ini nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita dikenali Ira Kazar.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video