Benar, kematian adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan, semua manusia yang hidup bakal merasai mati. Namun kematian tidak seharusnya menjadi sesuatu yang membebankan ahli keluarga anda.

Justeru, untuk tidak membebankan ahli keluarga anda di kemudian hari, sebagai pemegang akaun KWSP ada satu perkara penting yang anda harus maklum iaitu Penamaan KWSP.
Anda tidak faham apa kaitan kematian dan Penamaan KWSP? Jom kami terangkan satu persatu.

Kepentingan penamaan

Apabila anda membuat penamaan, anda telah memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia.

Anda juga boleh membuat perancangan dengan lebih awal dengan membuat penamaan bagi memastikan waris anda mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia dan mengurangkan kesulitan mereka.

A post shared by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (@kwspmalaysia)

Tak buat penamaan KWSP, hadapi kesulitan?

Iya benar sekali, jika anda tidak membuat penamaan KWSP lebih awal mungkin nasib waris anda bakal sama dengan kisah Fahmi. Kenapa dengan Fahmi?

Fahmi yang baru sahaja kehilangan ibunya beberapa minggu lalu terpaksa melalui banyak prosedur pentadbiran tertentu untuk mengeluarkan baki simpanan ibunya berjumlah RM100,000.

Disebabkan tindakan ibu Fahmi yang tidak membuat penamaan sewaktu hayatnya, Fahmi harus mengemukakan salah satu daripada berikut, surat kuasa pentadbiran, kuasa kuasa mentadbir dan pengesahan surat wasiat.

Malah, proses tersebut mengambil masa yang agak lama. Cuba anda bayangkan waris anda ketika itu masih dalam keadaan sedih dan dalam masa sama perlu melakukan banyak proses untuk mendapatkan baki simpanan, mesti anda kasihan pada mereka kan?

Cara lakukan penaman KWSP

Oleh itu, melihat kepada situasi Fahmi, sudah pasti anda tidak mahu ia berlaku pada waris anda. Jadi apakah tindakan anda harus lakukan adalah sangat mudah, ikuti langkah seperti berikut:

1. Hadirkan diri anda di mana-mana cawangan KWSP

2. Kemukakan borang KWSP 4

Lihat, begitu mudah sahaja proses yang anda perlu lakukan. Maka apabila anda sudah meninggal dunia kelak, proses yang waris anda perlu lakukan juga sangatlah senang. Waris anda hanya perlu melakukan cara berikut:

1. Hadirkan diri di mana-mana cawangan KWSP

2. Bawa borang pengeluaran 9km

3. Kad pengenalan waris

4. Salinan buku bank

5. Sijil kematian

Agihan cara Islam & bukan beragama Islam

Dari sudut agama Islam, penamaan adalah proses menamakan individu atau institusi sebagai pentadbir simpanan KWSP anda dan individu atau institusi yang dinamakan ini akan bertanggungjawab dalam mentadbir simpanan anda mengikut undang-undang Islam.

Namun berbeza bagi ahli KWSP yang bukan Islam, kerana peraturan tersebut tidak terpakai dan wang simpanan tersebut dibayar terus kepada individu atau institusi yang dilantik.

Daftar & kemas kini penamaan KWSP

Ada cara mudah kenapa mahu susah kan! Sudah pasti, anda akan merasa gembira dengan tindakan yang dilakukan apabila sudah melakukan penamaan, ini kerana anda mahukan kesejahteraan masa depan keluarga anda dalam keadaan baik.

Oleh itu, daftar penama anda hari ini demi kesejahteraan anak-anak anda. Daftar atau kemas kini di mana-mana cawangan KWSP. Anda juga boleh menyemak penamaan anda dalam i-Akaun secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih i–Akaun KWSP.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh klik di sini sekiranya mahu membuat penamaan simpanan KWSP.

KWSP membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik. Untuk mengetahui lebih lanjut layari https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Anda juga boleh menonoton video penuh di saluran YouTube rasmi KWSP supaya membantu anda mendapat penjelasan yang tepat dengan klik di sini.