Pelakon Alvin Chong mengakui sering menerima gambar-gambar lucah berupa kemaluan lelaki dan wanita menerusi ruangan DM di Instagramnya.
Alvin menyifatkan perkara tersebut sebagai satu hal yang sangat menakutkan kerana ramai yang tergamak berkongsi gambar-gambar yang tidak senonoh dengan orang yang tidak dikenali di platform media sosial.
“Banyak kali juga saya terima gambar-gambar lucah di Instagram. Lelaki dan perempuan pun hantar. Bukan tu saja, budak-budak yang masih berpakaian sekolah pun ada yang hantar. Apa nak jadi dengan Malaysia ni?
“Saya memang terkejut apabila melihat situasi seperti ini. Sebab hal ini dilihat sebagai satu masalah yang kurang sihat dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Gempak.
Alvin menambah, dia tidak memberikan respons kepada penghantar gambar-gambar berkenaan kerana enggan memanjangkan hal yang tidak baik.
“Memang saya tidak akan balas apa-apa kepada yang hantar gambar seperti itu. Sebab kalau balas mesti mereka akan buat lagi. Disebabkan saya tidak setuju dengan hal ini, saya ambil keputusan untuk diamkan sahaja.
“Agak risau dengan generasi sekarang. Tapi nak buat macam mana, apa yang berlaku di media sosial memang tak boleh dikawal. Takkan kita nak banned platform kerana content yang tak bagus sedangkan content yang serupa boleh didapati di tempat lain?
“Budak-budak muda ni ada sifat ingin tahu. Jadi, kita sebagai orang dewasa kena didik mereka, apa yang betul apa yang tidak.
“Sama juga jika suatu hari nanti saya mempunyai anak, saya akan terangkan kepada mereka kenapa hal-hal lucah ini tidak baik untuk diri sendiri,” katanya lagi.
Izwan Isa
Tue May 24 2022


Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”
Neelofa tak sorok anak

PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat