Jarang sekali kita mendengar kes dera membabitkan ibu bapa, namun itulah hakikatnya yang terjadi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan Malay Mail, Penolong pengarah ACP Siti Kamsiah Hassan baru-baru ini berkata kajian mendapati bilangan ibu bapa didera anak-anak mereka meningkat semasa tiga bulan pertama PKP.

“Sebelum PKP, kebanyakan kes yang diterima membabitkan keganasan suami yang isterinya bekerja.

“Namun semasa PKP, situasi telah berubah kerana mereka duduk di rumah dan aktiviti harian berubah.

“Apa yang lebih mengejutkan apabila kes ibu bapa didera anak meningkat daripada 125 kes kepada 134 kes pada tempoh sama.

“Berdasarkan angka anda boleh melihat trend. Kes melibatkan ahli keluarga meningkat berbanding kes suami isteri,” katanya.

Tambahnya, kes dera ibu bapa meningkat sehingga 20 peratus berkemungkinan disebabkan masalah kewangan.

“Kes berpunca daripada anak-anak yang terdesak akibat hilang kerja, gaji dipotong dan tidak dapat terlibat aktiviti haram susulan PKP, selain mereka yang menjadikan aktiviti jenayah sebagai sumber pendapatan.

“Kes anak-anak mendera ibu bapa semakin tinggi semasa PKP.

“Anak mungkin jadi cepat marah apabila ibu bapa tidak memenuhi kehendak mereka dengan menyediakan bantuan wang.

“Kemarahan mereka menyebabkan mereka mengasari orang tua mereka,” katanya.

Sumber: MalayMail
Gambar : Mediacorp