Skip to main content

Berita Tempatan

"Afiq’s Off Market" - Aishah Azman Tumpang Gembira, Kongsi Berita Pertunangan Afiq Muiz

Astro Gempak afiq aishah

Sekilas

  • Pelakon Aishah Azman berkongsi berita gembira apabila abangnya, Afiq Muiz, telah selamat bertunang pada hari Rabu.
  • Aishah memuat naik foto pasangan tersebut dalam pakaian tradisional di Instagram Story sambil berseloroh 'Afiq’s Off Market'.
  • Dia turut meluahkan rasa bangga dan mendoakan kebahagiaan serta keamanan dalam fasa baharu kehidupan abangnya itu.
Advertisement

Pelakon Aishah Azman berkongsi khabar gembira apabila abangnya yang juga pelakon Afiq Muiz telah selamat mengikat tali pertunangan pada Rabu.

Menerusi Instagram Story, Aishah memuat naik foto pasangan tersebut lengkap berpakaian tradisional sambil berseloroh menulis 'Afiq’s Off Market'.

Advertisement

Dalam perkongsian sama, Aishah turut menitipkan ucapan buat Afiq selain meluahkan rasa bangga melihat fasa baharu kehidupan yang sedang dilalui.

“Seeing you step into this new chapter honestly feels surreal.

“So happy to witness this moment for you. Wishing both of you a lifetime filled with love, peace, laughter and a home that always feels safe for each other,” tulisnya.

Advertisement

Aishah turut menyifatkan abangnya sebagai seorang yang sangat bermakna dalam hidupnya selain berharap hubungan yang dibina kekal bahagia hingga ke masa depan.

“So proud of you, my one and only brother,” katanya lagi.

Afiq pada Rabu berkongsi foto lengkap berbaju Melayu bersama seorang wanita yang menutup wajahnya dengan sejambak bunga, difahamkan telah selamat mengikat tali pertunangan bersama-sama.

Untuk rekod, Afiq pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pachara Apin atau nama Islam, Nur Aaira Mahdeya pada 27 Mac 2019 sebelum hubungan terbabit berakhir pada 2023.

Anda mungkin berminat dengan

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Must Watch Video

Advertisement