,
Nusantara

“Apa Perlu Diposting Mii…? - Kris Dayanti Ditegur Anak Kerana Kongsi Perbualan Whatsapp Keluarga Di Instagram

Fiza Kamarudin
09/06/2020
15:33 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti ditegur anak lelakinya Azriel selepas berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Aurel di laman sosial Instagram (IG).
Walaupun tujuan memuat naik entri tersebut untuk menghentikan spekulasi yang timbul kononnya dia mengabaikan anak-anak, tindakan tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada Azriel.
"Apa perlu diposting mii," tulis Azriel di ruangan koment entri berkenaan.
Menerusi entri tersebut Krisdayanti menafikan dakwaan mengabaikan anak-anak hanya kerana tidak membalas mesej yang dihantar anak sulung, Aurel Hermansyah.
“Dalam setiap kesempatan sesibuk dan selimit apapun waktu saya, selalu saya upayakan perhatian khusus untuk semua anak-anak baik yang bersama saya mahupun Aurel dan Azriel.
“Apalagi dalam membalas pesan/text yang dikirim untuk saya cepat atau lambat karena HP tidak bersama saya 24 jam.
“Jadi pada kesempatan ini saya ingin mengklarifikasi berita yang beredar bahwa saya tidak membalas bila ada pesan dari anak saya itu sama sekali tidak benar,” tulisnya.
Selain itu Kris Dayanti atau KD ini turut meminta warganet supaya tidak mengheret suaminya, Raul Lemos dalam masalah tersebut.
“Saya mohon perhatian pada warganet yang tidak paham akan masalah ini untuk berhenti salah faham dan menyimak baik-baik tentang kebenaran sehingga tidak menyudutkan orang lain (suami saya) yang tidak tau apa-apa…Apalagi ikut campur hubungan saya dengan anak-anak saya.
“Yang suami saya lakukan adalah untuk melindungi perasaan anak-anak kami Amora dan Kellen yang sudah mulai besar dan faham akan dunia digital dan juga anak-amak kami yang lain di Dili yang juga turut terluka,” luahnya lagi.
Kontroversi tercetus apabila Aurel melahirkan rasa terkilan apabila ucapan Selamat Hari Raya yang ditulis di laman Instagram (IG) ibunya tidak mendapat balasan.

Bismillahirrahmanirrahim.. . Dalam setiap kesempatan sesibuk dan selimit apapun waktu saya, selalu saya upayakan perhatian khusus untuk semua anak anak baik yg yg bersama saya maupun aurel & azriel. Apalagi dalam membalas pesan/text yg dikirim untuk saya cepat atau lambat karena HP tidak bersama saya 24 jam. . Jadi pada kesempatan ini saya ingin mengklarifikasi berita yg beredar bahwa sy tidak membalas bila ada pesan dari anak saya itu sama sekali tidak benar. sebaliknya saya merasa bahagia mendapatkan pesan dari mereka dan begitu membaca saya langsung membalas. . Saya mohon perhatian pada warga net yang tidak paham akan masalah ini untuk berhenti salah faham dan menyimak baik2 tentang kebenaran sehingga tidak menyudutkan orang lain (suami saya) yg tidak tau apa2,apalagi ikut campur hubungan saya dengan anak2 saya. yg suami saya lakukan adalah untuk melindungi perasaan anak anak kami amora & kellen yg sudah mulai besar dan faham akan dunia digital & juga anak2 kami yg lain di Dili yg juga turut terluka. . Suami saya juga punya anak tiri yang sampai saat ini hubungannya baik sekali bahkan juga sangat menghormati saya sebagai ibu tiri mereka. Beranjak sebagai manusia saya pernah melakukan kesalahan tp saya berharap kepada anak2 saya dapat mengambil sedikit sisi positif dari saya dan berkata tentang kebenaran. . Mohon maaf tulus dari hati saya bila ada yang tersingung dan atas perhatiannya terimakasih

A post shared by ??????????? / ?? (@krisdayantilemos) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Hiburan

Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Cik Epal Cari Rumah Dekat Dengan Bekas Suami - “Senang Gilir Jaga, Asal Anak Bahagia Walau Aku Dibuang…”

gempak
11/11/2024
23:55 MYT
Pempengaruh Cik Epal meluahkan rasa syukur selepas hak penjagaan anaknya iaitu Han dan Yuki, diberikan sepenuhnya kepada dia selaku ibu.
Unitar