Berita
"Apa Status Jantina Kedua-Dua Makhluk Ni?" - PU Syed Persoal 'Kebebasan' Sajat Dan Teman Lelaki
Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya mempersoalkan 'kebebasan' yang dimiliki usahawan kosmetik, Sajat yang dilihat seolah-olah semakin bertindak keterlaluan di media sosialnya.
Menurut PU Syed, lebih menghairankan apabila tiada tindakan diambil ke atasnya daripada pihak berwajib biarpun apa yang dilakukan usahawan tersebut jelas bertentangan dengan agama.
"Persoalan demi persoalan dalam benak fikiran ni. Apa status jantina kedua-dua makhluk ni.
"Bebasnya mereka berkongsi gambar-gambar tak senonoh macam ini, tak ada langsung tindakan ke? Sampai bila nak biarkan mereka macam ni?
"Bodoh boleh diajar, tapi membodohkan diri tentang halal dan haram satu yang sangat hina dan kurang ajar!," tulisnya menerusi satu posting di Instagram.
Dalam posting tersebut PU Syed turut memuat naik paparan gambar kemesraan antara Sajat dan teman lelakinya yang merupakan warga Lubnan yang dikenali sebagai Jadooss.
Lebih menjadi tanya tanya, menurut PU Syed, golongan seperti Sajat seolah-olah 'kebal' daripada dikenakan tindakan.
"Bila terviral kisah anak murid dan air ketum tu terus jadi kes polis. Ambe viral kes Sajat dan gengnya, sapa sudoh (sampai ke hari ini)..sepi," tulisnya.
Bahkan, menurutnya lagi, dia kini sudah merujuk dan mendapatkan pandangan pakar perundangan berhubung hal tersebut.
"Saya ada ajukan pandangan saya tentang geng LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) pada rakan-rakan, minta pandangan dan salah satunya adalah isu paknyah paling dikenali di Malaysia ini.
"Lagu mana nak dakwa kerana dia seolah-olah bebas nak buat apa yang dia suka di media sosial dan di bumi Malaysia ini. Saya juga ada merujuk pada pakar perundangan tentang isu ini, tunggu hasilnya," katanya.
Sebelum ini, Sajat juga pernah mencetuskan kemarahan umum apabila berkongsi gambar dan video yang disifatkan keterlaluan.
Bahkan, sebelum ini, usahawan tersebut juga pernah dikatakan sengaja mempermain-mainkan agama.
Pada masa sama, sejak akhir-akhir ini selain Sajat, beberapa individu dalam kalangan usahawan juga dikatakan bertindak keterlaluan sehingga sanggup mengenepikan soal moral semata-mata mahu melariskan produk di media sosial.
Must-Watch Video