Laman Utama
“Apa Yang Boleh Saya & Suami Bantu, Kita Usahakan” - Siti Nurhaliza Turun Padang Urus Bantuan Mangsa Banjir, Netizen Ucap Terima Kasih; “Hebat Penyanyi No. 1 Negara. Sangat Pantas Hulurkan Bantuan”
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sama-sama turun padang bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan dengan kadar segera.
Siti memuat naik hantaran video reels yang memperlihatkan dia dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sedang menguruskan proses hantaran bantuan di gedung pasaraya besar, Mydin USJ, Petaling Jaya.
“Menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini, kami juga mengalu-alukan jika ada yang ingin turut serta memberikan sumbangan bagi mangsa banjir.
“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kita Fund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.
“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera. Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam.
“Orang ramai boleh menyumbang untuk bantuan banjir ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK bersama Kita Fund sebelum ini.
“Untuk menyumbang, sila klik link ini https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, kebanyakan pengikut penyanyi itu memberikan respons positif terhadap tindakan pantas beliau mengelolakan pemberian bantuan.
“Hebat penyanyi nombor satu negara. Sangat pantas hulurkan bantuan. Tahniah hebat dan rendah hati. Semoga terus sukses dunia akhirat dan dipermudahkan urusan bantuan,” tulis seorang pengikutnya.
“Mashaa Allah, semoga dipermudahkan niat baik Mak Iti dan DK dan menjadi keberkahan aamiin ya Allah,” doa seorang peminat pula.
Siti malam semalam hadir ke Anugerah Drama Sangat yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Ujar beliau, walaupun hujan lebat, tetapi beliau sempat sampai ke rumah dengan selamat.
Must-Watch Video