Gaya Hidup
Apa Yang Mengenyangkan Untuk Sahur? Ini 5 Makanan Yang Boleh Dicuba!
Pejam celik, pejam celik dah hampir dua minggu kita berpuasa.
Memetik laporan Astro Awani, dilema yang sering dihadapi pastinya menu bersahur.
Mungkin ada yang gemar menu yang ‘fresh’ iaitu masakan baharu untuk bersahur.
Ada juga yang gemar memanaskan semula lebihan juadah waktu berbuka.
Yang pasti, menu yang dijamah semasa sahur adalah yang mengenyangkan dan boleh bertahan sehingga waktu berbuka.
Bagi yang masih tercari-cari menu untuk bersahur, ini lima menu yang berkhasiat, ringkas dan mudah disediakan.
Bukan sahaja mengenyangkan tetapi lebih tahan lama dan boleh menyokong aktiviti harian seperti biasa.
1. Oat
Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.
Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.
2. Biskut
Biskut adalah makanan kedua yang membantu anda berasa kenyang semasa puasa. Kandungan tenaga setiap biskut adalah berbeza-beza dan biasanya dinyatakan pada bungkusannya.
Contohnya,setiap 100g biskut mengandungi 458 kalori.
Protein, lemak dan karbohidrat yang terdapat dalam biskut juga memenuhi keperluan pemakanan semasa puasa.
Protein, lemak dan karbohidrat yang terdapat dalam biskut juga memenuhi keperluan pemakanan semasa puasa.
3. Pasta
Pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi.
Pengambilan 100g pasta kering mengandungi 370 kalori yang lebih rendah daripada biskut dan ia juga mengandungi protein serta lemak.
Pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi.
4. Nasi
Nasi adalah makanan harian utama bagi semua orang. Namun hakikatnya ia adalah makanan keempat yang membantu anda kenyang lebih lama walaupun ia dimakan dalam kuantiti yang banyak semasa sahur.
Ia kerana nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi. Malah, protein dan lemaknya juga sedikit.
Nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi.
5. Mi
Ramai beranggapan mi adalah menu paling senang, cepat dan ringkas disediakan terutamanya pemilihan mi segera. 100g mi mengandungi 340 kalori yang mana lebih tinggi daripada nasi.
Bagaimanapun, ia masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Ini membuatkan ada berasa lebih cepat lapar.
Mee tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna.
Selain 5 makanan tersebut, telur juga pilihan terbaik.
Ia mengandungi protein paling lengkap - kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.
Telur juga mengandungi kolin yang membantu metabolisme dan pusat sistem saraf berfungsi. Ia boleh memakannya dalam pelbagai cara seperti rebus dan goreng.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video