Gaya Hidup
Apple Bakal Keluarkan iPhone SE2 Bawah Harga RM2,000? Biar Betul?
Belum reda fenomena iPhone 11, Apple kini dikatakan sedang bersiap sedia untuk melancarkan model terbaru mereka iaitu iPhone SE2.
Difahamkan, model 'mampu milik' ini bakal dikeluarkan seawal Mac depan.
Menerusi maklumat yang didedahkan oleh Mac Rumors, iPhone SE generasi kedua ini didakwa mengguna rekaan seperti iPhone 8 yang berukuran saiz 4.7 inci.
Dari segi specifikasinya pula iPhone SE2 bakal dilengkapi cip pemprosesan yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic, malah model ini dikatakan masih mengekalkan fungsi Touch ID.
Namun, apa yang membuatkan model ini diperkatakan oleh pengguna di sosial media adalah nilai harga yang bakal dijual.
Menurut laporan Mac Rumos, iPhone SE2 bakal dijual pada harga USD$399 (RM1,670.01) untuk storan 64GB.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi daripada Apple.
Terdahulu model iPhone SE generasi pertama dilancarkan pada 2016.
Model ini mendapat pujian ramai apabila menggunakan rekaan iPhone 5, namun masih mengekalkan spesifikasi terbaru ketika itu.
Sumber: Mac Rumors
Must-Watch Video