Arab Saudi terus melakar sejarah demi sejarah yang mengejutkan. Terkini negara Islam tersebut pertama kali menyertai pertandingan ratu cantik atau Miss Universe.

BERITA TRENDING: Miss Universe Malaysia Peragakan Kebaya Songket Kuning, Ramai Puji! - "Nampak Mahal, Klasik"

Model dengan nama Rumy Al-Qahtani diberi tanggungjawab membawa nama Arab Saudi dalam pertandingan yang memasuki edisi ke-73 tersebut.

Menerusi kemas kini di akaun media sosial, Rumy mengumumkan penyertaannya dalam Miss Universe 2024 sekaligus berbangga untuk membawa bendera Arab Saudi di pentas pertandingan tersebut.

“Saya berasa telah diberi satu kehormatan untuk menyertai Miss Universe 2024. Ini adalah penyertaan perdana Arab Saudi di pertandingan ini,” tulisnya seperti dilaporkan ABS-CBN.com.

BERITA TRENDING: Pemain Bola Sepak Singapura, Irfan Fandi Bercinta Dengan Ratu Cantik Thailand?

Rumy, 27, bukan ‘orang baharu’ dalam dunia peragaan atau pertandingan. Dia yang juga merupakan seorang Influencer tersebut pernah menyertai banyak pertandingan kecantikan termasuk Miss & Mrs Global Asian edisi kedua, yang berlangsung di Malaysia.

PILIHAN PEMBACA: Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."

Sama seperti delegasi lain, Rumy akan memperaga busana termasuk gaun elegan sehingga pakaian tradisional Arab Saudi.

PILIHAN PEMBACA: Pakai Burkini & Sopan Di Miss Universe 2022, Miss Bahrain: “Wanita Yang Tertutup Juga Boleh Cantik”

Dia juga diberi tugas berat untuk memperkenal dan memperluaskan budaya warisan asli Arab Saudi ke mata dunia.

Gadis kelahiran Riyadh tersebut akan ikut bertanding dengan delegasi dari negara lain pada Miss Universe 2024 yang dijadual berlangsung di Mexico.