Pelakon Ardell Aryana mempamerkan kemahirannya apabila melakukan ubah suai terhadap kenderaan miliknya secara sendiri.

Menurut Ardell, tindakannya yang melakukan proses menukar warna kereta mewah miliknya itu merupakan usahanya untuk membuat kejutan kepada suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa.

"Ubah suai selama lima hari. Siap sudah dua hari lepas..berpijor mata, jaga Urwa sambil nak siapkan kejutan untuk Wawa (panggilan Adhwa). Ok bersusah-payah nak buat tapi try dan error sahaja kita.

"Runner beli barang semua lepas itu buat sendiri di rumah. Tak kemas tu biasa sebab bukan bidang buat benda ni, susah juga," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Ardell turut berkongsi hasil kerjanya yang menampal pelekat pada keseluruhan badan kenderaan jenis Mercedes miliknya itu.

"Ini empat orang punya kerja. Setiap hari pagi hingga ke malam. Subuh tadi keluar jemput Wawa di lapangan terbang dia balik (dari Sabah).

"Berkerut muka dia, marah ke suka tak pasti," katanya.

Ubah suai selama 5Hari ? siap dah 2 hari lepas (Berpijor mata ) ?, jaga urwa sambil nak siapkan surprise untuk wawa. Ok struggle nak buat tapi try & error je ??‍♂️, pergi runner beli barang semua pastu buat sendiri kat rumah . Tak kemas tu biasa sebab bukan bidang buat benda ni ? susah gak. Ini 4 orang punya kerja ??‍? setiap hari pagi - malam . Subuh tadi keluar amik wawa kat airport ( finally selepas 7hari ) dia balik , berkerut muka dia ? marah ke suke tak pasti . Nak tengok gambar full yang da siap wrapping & reaction muka wawa subuh tadi kat airport tak ? ?

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on


Begitupun, Adhwa kemudian memuji kebolehan isterinya itu dalam melakukan ubah suai sendiri kenderaan itu yang lazimnya dilakukan oleh golongan lelaki.

"Umie terima kasih, hilang penat saya tengok kereta. Cantik sangat-sangat.

"Terkejut tak sangka Umie. Penat-penat buat semua ini untuk saya. Terima kasih jadi isteri yang terbaik untuk saya. Semoga Allah menjaga kita sekeluarga sentiasa. Dan semoga jodoh kita kekal sampai jannah," katanya menerusi ruangan komen.

Bahkan, ramai yang turut kagum melihat kebolehan Ardell melakukan kerja-kerja tersebut walaupun sibuk menjalani rutin sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.

"Masya-Allah, terornya!," tulis penyanyi Heliza Helmi.

"Pergh...smart gila...walaupun hasil tangan seorang perempuan dan ibu..salute habis ni," komen salah seorang netizen.

"Dah boleh buka kedai wrapping kereta dah ni," tulis seorang pengikutnya.

Sebelum ini, dalam posting terdahulu, Ardell turut mengakui memang minat melakukan ubah suai pada kenderaan sejak dulu lagi.

"Dari dulu bab ubah kereta bagi nampak nakal memang minat. Nak ke bengkel susah ada anak kecik, jadi kita buat kereta Wawa di rumah sahaja sendiri," katanya.

DIY sendiri , dari dulu bab ubah kereta bagi nampak nakal memang minat . Nak ke bengkel susah ada anak kecik, jadi kita buat kereta wawa dekat rumah je sendiri Matte black ?. Balik dari sabah nanti mesti dia marah kereta di comot kan ?

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on