,
Berita

“Argh Rasa Gagal Betul Bila…”- Malang Tak Berbau, Shakilla Khoriri Tak Sanggup Lihat Anak Jatuh Sofa

Syafiqah Jalal
06/03/2020
09:12 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri kesal apabila tidak dapat mengawasi anaknya, Ameena Sofia dengan baik sehingga menyebabkannya terjatuh dari sofa dan meninggalkan kesan lebam di dahi.
Shakilla akui tidak sanggup melihat anaknya jatuh sakit di atas kecuaiannya.
“Arghhh rasa gagal betul bila anak sakit atau terjatuh macam ni,” katanya.
Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya anaknya.
Menerusi entri itu menunjukkan video anaknya tetap ceria walapun didakwa baru sahaja jatuh dari tempat yang tinggi.
Menceritakan apa yang berlaku, Shakilla memberitahu ketika dia meninggalkan anaknya sendiri, bayinya itu sedang tidur di atas sofa.
Namun malang tidak berbau kerana anaknya jatuh secara tiba-tiba disaat dia baru sahaja bangun meninggalkan Ameena tidak lama kemudian.
“Ameena tidur tinggal kejap atas sofa bersama benteng pertahanan yang sangat kukuh dibawah tapi malang tak berbau. Jatuh tersungkur juga.
“Yang budak ni sesaat Umi hilang serta merta bangun,” ceritanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar Ameena segera sembuh.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata pada 14 Mac 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar