Dansa and Sing
“Argh! Susahnya Nak Menyanyi Sambil Ingat Step” – Shiha Zikir Cabar Diri Sertai Dansa Dan Sing
Penyanyi Shiha Zikir akui mahu mencabar kemampuannya dengan menyertai pertandingan realiti terbaru, Dansa Dan Sing.
Shiha berkongsi perkara tersebut menerusi posting terbaru di akaun Intagramnya semalam.
Menurut Shiha, tidak mudah untuk melakukan dua kerja serentak iaitu menyanyi dan menari kerana perlu menghafal step tarian tertentu.
“Argh susahnya nak nyanyi sambil ingat step... Kali ini Shiha cabar diri untuk join #DansaDanSing sebab nak tahu juga, diri sendiri ni boleh ke nak menari sambil nyanyi.
“Antara sebab Shiha pilih @teamsquadmy dalam team Shiha adalah sebab dorang hebat menari dan yang paling penting dorang “tinggi” macam Shiha.
“Harap korang sudi support kami dalam #DansaDanSing mulai 5 Januari 2020 di Astro Ria & Astro Ria,” tulisnya.
BACA: Seni Tari & Suara Bergabung Dalam Dansa Dan Sing!
Dalam pada itu, selain Shiha antara artis yang terlibat dalam Dansa Dan Sing adalah Arja, Atilia Haron & Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Sophia Liana, Wani Kayrie, WARIS dan Harris Baba.
Konsert mingguan Dansa Dan Sing akan ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video