GAYA HIDUP
Ariani Hasilkan 300,000 Pasang Baju Raya, 300 Pilihan Hijab Tahun Ini! Che Ta Masuk Jadi Muse
Ariani kembali menggamatkan dunia fesyen dengan pelancaran koleksi lebaran Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.
Acara penuh gilang-gemilang ini mempersembahkan koleksi hijab dan busana raya terbaru dengan lebih 300 pilihan hijab dan 300,000 baju raya yang bakal menjadi pilihan utama Aidilfitri tahun ini!
Che Ta ‘Steal the Show’, Muse Ariani Luxe!
Siapa lagi kalau bukan Che Ta yang berjaya mencuri tumpuan apabila tampil anggun dan memukau sebagai Muse ARIANI LUXE 2025! Aura primadona masih berbisa, mengukuhkan lagi jenama Ariani Luxe sebagai koleksi premium yang eksklusif.Koleksi ini menampilkan rekaan mewah dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski yang pasti menaikkan seri si pemakai.
.jpg)
Ariani Ready-To-Wear 300,000 Helai Baju Raya!
Tak hanya tampil dengan hijab, ARIANI Ready-To-Wear (RTW) turut menawarkan 300,000 persalinan raya yang merangkumi baju kurung, jubah, kurta, dan baju melayu.Koleksi RTW ini merangkumi 300 rekaan eksklusif, dengan material premium seperti cotton, satin, chiffon, jacquard, dan banyak lagi!
Tambah Lagi 11 Wajah Baru
Masih mengekalkan Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally sebagai duta ARIANI, kali ini mereka membawa masuk 11 wajah baru untuk kempen raya 2025!Antaranya Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Danial, Roy Azman, dan Ezzaidi Aziz.
Kalau sebelum ni hanya fokus kepada hijabista, kali ini Ariani turut menampilkan hero-hero Malaya dalam koleksi ARYAN, dengan kemunculan Dato’ Rahim Razali, Dato’ Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman, dan Zarul Umbrella.
_1.jpg)
_1.jpg)
Kolaborasi
ARIANI juga melakar sejarah apabila berkolaborasi dengan LIBERTY LONDON, jenama mewah terkenal dunia! Koleksi eksklusif ini menggabungkan potongan tradisional dengan empat corak bunga ikonik dari Liberty, melambangkan gabungan budaya Malaysia dan fesyen antarabangsa.Tak cukup dengan itu, ARIANI turut berkolaborasi dengan BOKITTA untuk memperkenalkan tudung instant tanpa pin, sesuai untuk wanita moden yang mahukan gaya effortless tapi tetap on point.
Majlis ‘Mewah’ Dengan Persembahan Amy Search, Awie, Ziana Zain & Dayang Nurfaizah!
Tak cukup dengan pertunjukan fesyen mewah, malam tersebut juga diserikan dengan persembahan artis legenda tanah air seperti Dato’ Amy Search, Dato’ Awie, Ziana Zain, dan Dayang Nurfaizah.
Bukan itu sahaja, majlis ini turut dihadiri tetamu kehormat, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menambahkan lagi kemeriahan acara berprestij ini.
.jpg)
.jpg)
Must-Watch Video