gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
26/06/2025
17:46 MYT
Sponsor Banner
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
Dari dunia hiburan arus perdana ke belakang tabir industri, bekas bintang Akademi Fantasia, Aril Pilus kini tampil sebagai tenaga utama di sebalik Konsert Muzik Kita!, satu inisiatif menyatukan legenda muzik bawah tanah dengan generasi baharu di MAEPS Serdang pada 2 Ogos 2025.
Bersama syarikat penganjuran miliknya, Hard Global Ventures, Aril nekad membawa perubahan dalam landskap muzik alternatif tanah air, dengan menghimpunkan barisan artis Indie yang punya pengaruh kuat tetapi sering terpinggir dari radar arus perdana.
Antara yang bakal beraksi di pentas termasuk nama-nama ikonik seperti Butterfingers, Monoloque, Ki Misri, Fugo, Perry, Fimie Don dan Satwo, Heidi Moru, Nadarasa, Dukes, Mardiana, Salammuzik dan tidak ketinggalan kumpulan dari Indonesia, Nosstress.
Menurut Aril, konsert ini merupakan ekspresi idealismenya selepas mendalami bidang pengurusan industri kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM), dan satu bentuk penghargaan kepada legasi muzik bawah tanah di Malaysia.
“Ia juga suatu usaha untuk melakukan sesuatu yang baharu. Selepas menimba ilmu di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang pengurusan industri kreatif, saya terfikir apa yang perlu saya lakukan dalam kerjaya saya dan bagaimana saya boleh menyumbang kepada industri muzik?
“Jadi, saya cabar diri saya dengan cara menganjurkan konsert. Awalnya memang agak kabur kerana kita sendiri adalah seorang selebriti. Tetapi dengan sedikit pengalaman menganjurkan show kecil serta ilmu yang dikutip daripada orang-orang berpengalaman serta bantuan rakan-rakan, saya cuba redah,” jelas Aril yang kini memegang jawatan CEO Hard Global Ventures.
Tambahnya lagi, objektif utama konsert ini bukan sekadar menghibur, tetapi mendidik dua kelompok berbeza peminat dan penggiat muzik bawah tanah lama dan baharu untuk saling menghormati dan menghargai perbezaan dalam cara menikmati muzik.
“Sayang sekali kalau kita tidak melakukan penyatuan ini kerana walaupun ada di antara nama-nama artis atau kumpulan muzik bawah tanah ini tidak dilihat gah atau besar seperti artis mainstream, namun pengaruh mereka juga sangat kuat dan populariti mereka juga ada yang sudah berjaya merentasi negara luar dengan pencapaian-pencapaian yang cukup membanggakan.
“Kita mahu ‘mendidik’ generasi penonton atau artis/kumpulan muzik bawah tanah baharu untuk menghargai generasi penonton atau artis/kumpulan muzik bawah tanah lama serta generasi lama menerima karya, idea atau cara generasi baharu menikmati muzik.
“Dulu-dulu, kita dengar muzik bawah tanah melalui radio atau di gigs-gigs dengan cara yang lebih energetik (melompat, menari, banging atau pogo). Tetapi, generasi hari ini punya cara mereka adalah cara ‘healing’ yang sangat berbeza. Tetapi, akhirnya muzik tetap jadi tempat kita semua kembali," tambahnya.
Loque, mewakili Butterfingers dan Monoloque, turut berkongsi keterujaan apabila diminta membawa semula lagu-lagu klasik era awal Butterfingers yang digelar sebagai ‘Grunge Totok’.
“Ramai yang mahukan kami membawakan lagu-lagu klasik dalam album awal Butterfingers seperti 1.2 Miligrams (1996), Butter Worth Pushful (1997) serta Transcendes (1999). Permintaan ini juga datangnya daripada pihak penganjur sendiri.
“Saya labelkan lagu-lagu Butterfingers zaman itu sebagai ‘Grunge Totok’. Jadi, bagi pengikut kami yang asyik tanya bila kami nak bawakan lagu-lagu grunge kami dalam album-album ini, inilah masanya.
“Rugi, kalau tak datang. Lagipun, Butterfingers akan menjadi artis terakhir yang membuat persembahan pada konsert ini," kongsinya.
Untuk persembahan bersama Monoloque, Loque turut merancang kejutan.
“Bahkan, saya juga bercadang untuk mengundang Atilia dan Herman Tino sebagai artis undangan pada malam itu. Dalam konsert ini juga, Monoloque akan menjadi artis pembuka tirai," katanya.
Pelakon dan penyanyi Fimie Don turut menganggap peluang ini sebagai titik penting dalam karier seninya.
“Saya adalah pelakon yang cukup serius menjadi penyanyi dan saya mahu tonjolkan bakat dan kreativiti saya dalam bidang ini. Peluang yang diberikan untuk beraksi di pentas ini pasti tidak akan saya lepaskan.
“Apatah lagi bila dapat berada sepentas dengan Loque yang memang selama ini menjadi mentor dan sumber inspirasi saya untuk menjadi seperti beliau," ujarnya.
Konsert Muzik Kita! turut mendapat sokongan daripada MJTX Perfume dan Surenity sebagai penaja utama, serta kerjasama rakan strategik seperti EVOVITY (F&B rasmi), SUTRAMAS (Beef Roti), ERA, GEGAR dan SINAR sebagai radio rasmi, dan Banafee Restoran selaku penaja lokasi sidang media.
Tiket konsert kini boleh didapati di www.ticketmelon.com, dengan harga bermula RM75 hingga RM300++ untuk kategori VIP.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Band
#MonoloQue
#Aril Pilus
#Butterfingers
#Indie
#MAEPS
#Konsert Muzik Kita
#Nosstress
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement