Skip to main content

Berita Tempatan

Arja Lee Harap Bercinta Dalam Mimpi

arja7.jpg
Pernah membintangi sebuah filem kontroversi yang menggambarkan karakter lelaki homoseksual, pelakon Arja Lee turut berkongsi perasaannya bersama netizen di media sosial.

Ujarnya, dia juga sama seperti lelaki lain yang mahu merasai erti cinta. 

Arja memuat naik status di akaun Instagramnya, @arjalee hari ini menyatakan seolah dia masih mencari pasangan untuk bercinta.

Apa yang menarik pasal Arja, dia mengakui dirinya seorang yang sangat manja dan penyayang.

"Tipulah kalau saya cakap saya tak nak rase dicintai dan mencintai sebab saya ni sebenar benarnya seorang yang sangat manjer dan penyanyang. 

"Mungkin belum bertemu yang sesuai 'when? Nak mimpi Konon2 tgh bercinta boleh kan?," katanya.
 

Status Arja itu menarik perhatian netizen untuk memberikan komen.

Netizen dikenali sebagai @eyra0601 mendoakan agar selebriti itu dipertemukan jodoh yang terbaik.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @arjalee
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video