Pelakon Ariff Aziz mengesahkan dia kini sudah tiba di Poland bersama yang tersayang sehari yang lalu.

Ariff memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia bersama seorang wanita kelihatan mesra di sebuah lapangan terbang yang difahamkan sudah tiba di negara tersebut.

“Arrived with love in Poland, weather is nice,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bertanyakan bagaimana aktor itu boleh travel ke luar negara sedang negara sedang berada dalam tempoh lockdown.

“Pm aku.. ape tips ko guna sampai boleh pergi Poland,” pinta salah seorang pengikutnya

“Bestnya boleh travel,” tanya salah seorang warga maya.

Tidak kurang juga, ada yang menyangka Ariff sudah bernikah dengan wanita mat salih tersebut sehingga membolehkan pelakon itu merentas negara.

“Arif Aziz dah makan nasi minyak ye? Tahniah...,” tanya salah seorang netizen

“Aaaaw congrats . She so pretty,” ucapan salah seorang warga net.

Terdahulu, Ariff pernah berkahwin dengan produser terkenal, Datuk A. Aida dan bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga.