Laman Utama
Asalnya Tajuk 'Dengarkanlah'... Kenali Raffa Affar Penyanyi Lagu Viral Cinta Sampai Mati
'Dengarkanlah... di sepanjang malam aku berdoa...'. Begitu bait-bait lagu yang sedang tular di media sosial ketika ini.
Ramai yang mungkin tidak mengetahui judul lagunya, hanya lirik terbabit yang lebih dahulu popular berbanding lagu, penyanyi malah komposernya.
Benar, lagu terbabit pada asalnya diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh syarikat pengurusan Botram Media Entertainment untuk diberi judul yang lebih universal.
Lagu berkenaan menyampaikan mesej tentang cinta mendalam kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada, kepada keluarga dan kepada pasangan.
Single tersebut menjadi antara single pertama berkolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertaintment yang dinyanyikan oleh pendatang baharu, Raffa Affar.
Untuk single perdana ini, Raffa telah cuba hasilkan genre muzik yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu viral.
Single 'Cinta Sampai Mati' ini adalah single sulung Raffa ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band dan di lancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura.
Apa kata kita kenali lebih dekat siapa penyanyi asal lagu Cinta Sampai Mati, Raffa Affar.
1. Raffa atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah berusia 20 tahun dilahirkan di Depok, Jawa Barat, Indonesia.
2. Punyai lebih 4 juta pengikut di aplikasi TikTok dan dikenali menerusi single sulungnya Cinta Sampai Mati.
3. Raffa mengaku, sudah lama ingin mempunyai single original sendiri, dan terwujud pada single 'Cinta Sampai Mati'. Raffa berharap single ini di sukai orang ramai.
4. Raffa yang dikenal dengan suara unik dan wajah kacak ini membawakan genre lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid.
5. Selain membawa genrenye tersendiri , beliau gemar ‘cover’ lagu lain yang popular untuk dimuat turun ke dalam akaun media sosialnya.
6. Sehingga artikel ini ditulis, muzik video Cinta Sampai Mati telah ditonton lebih 25 juta kali di YouTube.
Must-Watch Video