BERITA
Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar
Asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh terbakar pada Isnin sekitar jam 8.30 malam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, insiden itu tidak melibatkan mangsa.
“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Usaha pemadaman kebakaran kini giat dijalankan. Kejadian itu turut tular di laman media sosial menerusi beberapa rakaman video yang menunjukkan kebakaran berlaku di kawasan asrama.
Setakat ini, Sinar Harian sedang mendapatkan perkembangan semasa situasi kejadian terbabit.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video