BERITA
"Assalammualaikum Sayang Papa...”- Sabhi Saddi Timang Cahaya Mata Ke Empat
Penyanyi Sabhi Saddi selamat menimang cahaya mata keempatnya.
Sabhi memaklumkan isterinya, Rosi Aswani Abdul Razak, baru sahaja melahirkan bayi perempuan itu lewat malam tadi.
“Alhamdulillah terima kasih Allah. Isteri saya selamat bersalin baby girl lagi. Assalamualaikim sayang papa,” tulisnya
Penyanyi Nadiku itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Pasangan itu turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya.
Sabhi dan Rosi mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2012 dan mereka telah dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Sofea Ressya, 6, Sofea Rania, 5 dan Sofea Risqa, 2 tahun.
Must-Watch Video