Doktor selebriti, Dr Say Sazril dam isteri Dr Azura Abas menimang cahaya mata kedua mereka sebentar tadi melalui kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya.

Menerusi laman sosial Instagram, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shahruddin berkongsi foto wajah anak lelakinya untuk tatapan umum.

Tidak hanya itu, Dr Say turut memgumumkan nama bayi lelaki keduanya itu sebagai Sefriel.

“Alhamdulillah 8.14 pagi 18/8/2021 bini saya @azuraabas selamat melahirkan anak lelaki kedua kami seberat 3.5kg dan sepanjang 51.5cm.

“Syukur ke hadrat ilahi atas pemberian yang cukup istimewa ini. I am now a father of two! Tak sabar nak tengok reaksi Ace bila kawi bawak Sef balik nanti. Thank you so much for your warm wishes and dua.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)


Mengulas lanjut mengenai proses kelahiran anaknya, Bayi Sef terpaksa dikeluarkan melalui kaedah pembedahan kerana ada 20% kegagalan untuk vaginal birth after cesarean berikutan anak pertama juga dilahirkan secara caesar.

Dr Say juga berkesempatan meluangkan masa menemani isterinya bermula sewaktu pendaftaran ke hospital sehinggalah mereka dan bagi dibenarkan pulang.

Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik buat si kecil dan Dr Say sekeluarga.

Tahniah Dr Say dan Dr Azura,” komen seorang wargamaya.

Alhamdulillah, welcome baby Sefriel,” ujar seorang wargamaya.

Alhamdulillah doc. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga doc,” kata seorang wargamaya.

Tahniah both doc. Welcome baby Sef to the world. Semoga jadi anak yang soleh untuk mommy daddy ya,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Dr Say dan Dr Azura mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Aezril yang kini memasuki usia dua tahun.