gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan
HIBURAN
Kantoi Buat ‘Projek’ Atas Sofa, Shahida Dedah Pernah Tumbuk Pekerja - “Ini Bukan Aib Tapi…”
HIBURAN
Gagal Tahan Air Mata, Noorkhiriah Pilih Jayakan Sendiri Babak Dalam Liang Lahad - “Momen Ini Mahal…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Astro Junior Championships U15 (Serantau) Latih Belia Negara Bermain Di Peringkat Global

gempak
Elrafaei Sapi
12/11/2018
11:32 MYT
Sponsor Banner
Astro Junior Championships U15 (Serantau) Latih Belia Negara Bermain Di Peringkat Global
Astro terus menunjukkan komitmen terhadap generasi muda dalam melatih golongan ini menjadi juara badminton sehingga ke peringkat global.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Astro, Henry Tan berkata Astro begitu komited membawakan acara Astro Junior Championships (AJC) U15 (Serantau) iaitu pertandingan badminton bukan hanya di peringkat nasional tapi serantau negara Asia Tenggara.
"Kami percaya pada badminton dan sentiasa menjadi juara. Ini menunjukkan komitmen kami terhadap penganjuran acara ini sejak beberapa tahun lalu dan hari ini lebih 15,000 rakyat Malaysia terdiri daripada anak muda tempatan menjadi inspirasi bergelar juara pada masa akan datang melalui latihan di Astro Kem Badminton," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran acara tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.
Ujarnya, menerusi usaha ini Astro berharap dapat melihat juara menerusi program berkenaan selepas ini.
"Apa yang lebih penting adalah atlet muda ini faham bertanding tidak hanya di peringkat nasional tapi pada usia muda dapat bermain di peringkat global dan serantau.
"Ini adalah permulaan untuk pertandingan yang lebih kompetitif dan berharap latihan di peringkat awal dapat membantu dalam pertandingan, latihan dan disiplin yang diperlukan.
"Dalam jangka masa panjang, mereka dapat menjadi juara yang sebenar dan memberi sumber inspirasi serta kebanggaan pada masa akan datang," katanya.
Acara kali ini disertai 14 pasukan dari sembilan negara Asia iaitu Malaysia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Thailand, Singapura, Taipei dan Vietnam.
Pertandingan pasukan campuran bawah 15 tahun ini adalah yang pertama di Asia yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Stadium Juara, Kuala Lumpur hari ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro
Topic Berkaitan
#Astro
#AJC U15
#Astro Kem Badminton
Must-Watch Video