HIBURAN
Astro Ketengah Isu Pengurusan Harta Pusaka Dalam Drama Terbaharu ‘Dendam Seorang Madu’
Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia membawakan drama terbaharu buat peminat slot Tiara,‘Dendam Seorang Madu’ sebuah drama yang membawa genre konflik kekeluargaan. Drama ini bakal menemani para penonton sepanjang bulan Ramadan ini, di saluran Astro Prima (saluran 105) bermula 3 Mac 2025, Jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Menyentuh isu pengurusan harta peninggalan dan disulami kemas dengan konflik perkahwinan bermadu pada luaran menjadi tunggak penceritaan drama ‘Dendam Seorang Madu’. Penonton akan dibawa untuk menelusuri setiap babak naik turun emosi setiap watak, dan konflik perkahwinan yang terjadi antara mereka sepanjang drama ini bersiaran. Tidak sekadar memberikan hiburan kepada penonton, drama ini juga menekankan mengenai pentingnya menguruskan harta peninggalan serta menjaga keturunan, seperti yang dipaparkan dalam watak Putri Rayhana dan Faris Alfian yang tersabit dalam komplot Hanum -Ibu Faris dalam membolot harta yang ditinggalkan oleh bapa Putri Rayhana.
Drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd. ini telah mendapat sentuhan daripada pengarah drama nombor 1 Malaysia, Riza Baharuddin yang berjaya mengangkat drama ‘Andai Tiada Dia’ sebagai drama nombor 1 dalam sejarah kandungan Melayu Astro (2024). Barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Hannah Delisha(Puteri Rayhana), Redza Rosli (Faris Alfian), Sweet Qismina (Izara) dan Emelda Rosemila (Hanum). Runut rasmi bagi OST drama ini berjudul ‘Tipu Helah’ dinyanyikan oleh Hannah Delisha turut mengiringi para penonton sepanjang drama ini bersiaran.
Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Salleh, berkata sentuhan pengarah nombor 1, Riza Baharuddin, dan barisan pelakon hebat yang membintangi siri ini juga memainkan peranan sangat penting dalam memberikan pengalaman tontonan terbaik dan juga memuaskan untuk para penggemar drama di luar sana.
“Kami sentiasa menghasilkan drama terbaik, dan drama terbaik dari Astro semestinya membawakan mesej-mesej penting untuk disampaikan kepada para penonton.
"“Dendam Seorang Madu” bukan sekadar penceritaan konflik perkahwinan biasa, ia lebih tertumpu kepada perkongsian isu mengenai pengurusan harta pusaka dimana ia mengajar masyarakat di luar sana untuk mengambil tahu kepentingan menguruskan harta faraid (pusaka) dengan adil dan saksama, mengikut syariat yang telah ditetapkan.
"Selain dari itu, aspek menjaga keturunan juga turut ditekankan dalam drama ini,” katanya menerusi kenyataan media.
Sinopsis:
‘Dendam Seorang Madu’ mengisahkan tentang Putri Rayhana, seorang gadis hidup sebatang kara bersama neneknya yang garang dan ibunya yang sakit gila berusaha untuk mencari jalan untuk menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga mereka. Namun dia terpaksa akur dengan kehendak neneknya yang ingin mengahwinkan dia dengan Faris Arfian, anak kepada sorang CEO syarikat besar demi menampung kos rawatan ibunya. Faris Arfian pula terpaksa menurut kehendak ibunya Hanum yang mengatur perkahwinannya supaya dia dapat menyandang jawatan CEO. Namun segalanya terbongkar selepas perkahwinan mereka, apabila Faris sebenarnya sudah bernikah secara rahsia dengan Izara - pembantu peribadinya - dan meminta untuk Rayhana merahsiakan perkara tersebut dari ibunya Hanum
Tonton drama ‘Dendam Seorang Madu’ di Astro Prima (saluran 105), mulai 3 Mac 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang atau strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
Must-Watch Video