Skip to main content

Berita

Basikal Dicuri, Ibu Autisme Cekal Jalan Kaki Hantar Pesanan Makanan Sejauh 20KM

Basikal Dicuri, Ibu Autisme Cekal Jalan Kaki Hantar Pesanan Makanan Sejauh 20KM

Sekilas

  • Nur Rahimah Alia Salehuddin, seorang ibu tunggal OKU autisme, gigih menghantar makanan dengan berjalan kaki dan menunggang basikal demi mencari rezeki.
  • Basikal lipat yang digunakannya dicuri baru-baru ini, menyebabkan dia terpaksa kembali berjalan kaki untuk penghantaran.
  • Dia masih mencari pekerjaan tetap yang sesuai dengan kelayakan sambil meneruskan kerja sebagai penghantar makanan.
Advertisement

Ketika kebanyakan penghantar makanan menggunakan motosikal, seorang ibu tunggal memilih untuk berjalan kaki dan menunggang basikal bagi menghantar pesanan pelanggan.

Menurut Nur Rahimah Alia Salehuddin yang merupakan individu autisme dan orang kurang upaya (OKU) fizikal, dia sudah biasa menggalas beg penghantaran demi mencari rezeki untuk anaknya.

Advertisement

Malah, dia juga pernah berjalan sehingga kira-kira 20 kilometer ketika menghantar makanan.

“Kalau dapat kerja dua hingga tiga jam saja saya sudah bersyukur, itu yang saya boleh buat kerana sekarang jadual penghantaran tidak banyak,” katanya.

Pada awalnya, Nur Rahimah menghantar makanan dengan berjalan kaki sebelum menerima sebuah basikal menerusi satu program pada penghujung 2020.

Bagaimanapun, basikal berkenaan dicuri baru-baru ini.

“Saya selalu menggunakan basikal atau berjalan kali untuk menghantar makanan tapi baru-baru ini, basikal lipat saya dicuri jadi saya terpaksa menghantar makanan berjalan kaki semula.

“Basikal itu dicuri walaupun saya sudah menguncinya berhampiran MRT (transit aliran massa) Surian. Kunci basikal itu dipotong dan hanya rantainya yang tinggal,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Nur Rahimah memaklumkan dia pernah bekerja dalam bidang teknologi maklumat dan pengujian perisian, namun berhenti pada 2018 bagi menjaga ibunya yang sakit sebelum meninggal dunia pada 2020.

Dia kemudiannya mula bekerja sebagai penghantar makanan pada 2020 selepas gagal mendapatkan pekerjaan dalam bidang lain.

“Saya mula kerja sebagai penghantar makanan pada 2020 selepas banyak kali cuba cari kerja dalam bidang lain, tetapi tidak berhasil sehingga kini. Mungkin sebab mereka tengok saya OKU.

“Selepas itu, saya mendapati semakin sukar mendapatkan pekerjaan tetap semula, malah ada permohonan ditolak kerana dianggap terlebih kelayakan,” tambahnya.

Bercerita mengenai keadaan autisme yang dialaminya, Nur Rahimah memaklumkan dia disahkan menghidap autisme ketika melanjutkan pengajian diploma selepas pernah dibuli ketika berada di kampus pada 2003.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia kadang-kadang sukar memahami gurauan, sindiran atau perkara yang disampaikan secara tersirat.

“Saya bukan tidak boleh bergurau, tapi sukar untuk memahami maksud tersirat yang disampaikan orang lain,” ujarnha.

Kini, Nur Rahimah masih mencari pekerjaan tetap yang bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakannya selain meneruskan kerja sebagai penghantar makanan.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement