gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu
HIBURAN
ERA Dalam Misi Mencari Pendengar Bertuah Terbang Ke Old Trafford Bersama Safee Sali
HIBURAN
Lakonan Siti Saleha Dalam ‘Dia Imamku’ Terima Banyak Pujian, Penonton Mula Rindu Watak ‘Cempaka Humairah’ - “Saya Menangis Setiap…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Astro Lanjutkan Perkongsian Eksklusif Tiga Tahun Bersama beIN SPORTS

gempak
Gempak
19/05/2025
02:50 MYT
Sponsor Banner
Astro Lanjutkan Perkongsian Eksklusif Tiga Tahun Bersama beIN SPORTS
Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, hari ini mengumumkan pembaharuan kerjasama strategik bersama beIN SPORTS, penyiar sukan global ternama, sehingga Ogos 2027.
Usaha ini memastikan pelanggan Astro yang melanggan Pek Sports akan terus menikmati siaran langsung dan kandungan atas permintaan melalui saluran beIN SPORTS serta aplikasi beIN SPORTS CONNECT yang menawarkan pelbagai acara dan perlawanan sukan bertaraf dunia dari seluruh pelusuk dunia.
Melalui perjanjian yang diperbaharui ini, pelanggan Pek Sports Astro akan mendapat akses berterusan kepada pelbagai kejohanan sukan antarabangsa seperti Formula 1, Liga Juara-Juara UEFA, LaLiga, Bundesliga, Australia Open, Roland-Garros dan ATP Tour. Kesemua siaran ini boleh dinikmati menerusi saluran beIN SPORTS dan aplikasi beIN SPORTS CONNECT.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata bahawa pihaknya berbangga dapat terus membawakan liputan eksklusif bagi kejohanan dan liga sukan paling dinantikan kepada pelanggan Astro menerusi kerjasama bersama beIN SPORTS.
"Kolaborasi ini penting dalam memenuhi janji Astro untuk menyiarkan acara sukan terbesar dunia kepada peminat sukan tempatan. Beliau menambah bahawa peningkatan permintaan terhadap kandungan sukan mengukuhkan kedudukan Astro sebagai “Home of Sports” dan matlamat mereka bukan sekadar menjadi penyiar, malah mencipta pengalaman tontonan yang eksklusif dan bermakna kepada pelanggan setia," katanya.
Menurut Mike Kerr, Pengarah Urusan beIN Asia Pasifik, pihaknya amat berbesar hati dapat meneruskan kerjasama yang telah menjangkau sedekad bersama Astro.
"Kerjasama ini berteraskan visi bersama untuk mendekatkan lagi aksi sukan antarabangsa kepada peminat di Malaysia menerusi pelbagai skrin dan platform. Sepanjang tempoh kerjasama ini, beIN SPORTS bukan sahaja menyediakan liputan siaran langsung bertaraf premium, malah turut terlibat dalam mencipta pengalaman istimewa untuk penonton, sekali gus memperkukuh penglibatan peminat dengan dunia sukan," ujarnya.
Sejak bertahun-tahun, beIN SPORTS telah menjadi penyiar kepada detik-detik bersejarah dalam arena sukan seperti jaringan luar biasa Cristiano Ronaldo ketika bersama Real Madrid pada tahun 2018, kemenangan Grand Slam terakhir Rafael Nadal pada tahun 2022, serta penampilan sulung Lewis Hamilton bersama Ferrari pada tahun ini.
Pembaharuan kerjasama ini akan terus membawakan lebih banyak detik-detik sukan mendebarkan dalam dunia bola sepak, tenis, sukan permotoran dan pelbagai lagi kepada pelanggan Astro.
Pembaharuan ini turut mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai hab hiburan sukan premium di Malaysia, di samping menyokong strategi pertumbuhan beIN SPORTS di rantau Asia.
Kedua-dua jenama ini komited dalam memberikan pengalaman tontonan yang lebih bermakna melalui liputan menyeluruh dan akses kandungan yang lebih mudah untuk rakyat Malaysia. Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sports Astro One boleh menonton kesemua kandungan beIN SPORTS di skrin televisyen atau secara penstriman menerusi aplikasi Astro GO dan beIN SPORTS CONNECT, iaitu perkhidmatan penstriman OTT premium beIN.
Sebagai tambahan, pelanggan Astro kini boleh menyesuaikan langganan mereka dengan menambah lebih 14 aplikasi penstriman popular seperti Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Segala pengurusan langganan seperti kemas kini pakej atau pertukaran perkhidmatan penstriman kini boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pek Sports Astro One ditawarkan pada harga RM99.99 sebulan. Untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar dan menyeluruh, pelanggan juga boleh menaik taraf kepada pelan Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Sports hanya pada RM189.99 sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, orang ramai boleh melayari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Astro
#Lanjut
#Tempoh
#'beIN
#Sports
Must-Watch Video