Skip to main content

Hiburan

FFM35: Menang Pengarah Harapan, Ezrie Gazali Dedikasi Trofi Buat Pelakon Dan Kru Abah Saya, Uncle Mike, Filem Hak Menyusul Disember Ini

FFM35: Menang Pengarah Harapan, Ezrie Gazali Dedikasi Trofi Buat Pelakon Dan Kru Abah Saya, Uncle Mike, Filem Hak Menyusul Disember Ini

Sekilas

  • Ezrie Gazali, pengarah filem Abah Saya, Uncle Mike, menang trofi Pengarah Harapan di FFM35 dan akui rasa tekanan serta tanggungjawab besar selepas kemenangan itu.
  • Dia tidak menjangka menang sehingga tidak sediakan ucapan dan dedikasikan anugerah tersebut kepada pelakon serta kru filem yang menyokong karya itu.
  • Filem terbaru arahannya, Hak, dijangka ditayangkan pada Disember ini dengan harapan dapat memberi kesan kepada penonton.
Advertisement

Pengarah Abah Saya, Uncle Mike, Ezrie Gazali mengakui bimbang dengan tanggungjawab yang bakal dipikulnya selepas meraih trofi Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Istana Budaya, malam semalam.

Ezrie berkata, dia sempat berkongsi kebimbangan itu dengan isterinya sebelum majlis berlangsung.

“Betul, ada tekanan. Saya bercakap dengan isteri saya sebelum majlis. Dia tanya apa perasaan saya. Saya takut kalau saya menang sebab ini tanggungjawab yang sangat besar.

“Namanya pun Pengarah Harapan, kan? Jadi harapannya saya boleh terus maju dan membantu meningkatkan martabat industri kita. Itu cabaran yang sangat besar,” katanya.

Dalam masa sama, Ezrie mengakui tidak menjangkakan kemenangan sehingga tidak menyediakan teks ucapan. 

Malah, turut memohon maaf kerana terlepas menyebut beberapa nama ketika menerima trofi.

“Sejujurnya memang tak sangka sangat. Macam saya cakap dalam ucapan tadi, saya tak sediakan apa-apa ucapan langsung. Saya tahu saya terlepas banyak nama. Saya minta maaf kerana terlepas menyebut mereka.

“Ini bukti apa yang boleh kita capai kalau buat kerja dengan jujur. Saya ada ketua jabatan yang jujur dalam berkarya dan pelakon yang diberi kebebasan untuk berkarya,” ujarnya.

Ezrie turut mengakui sedikit terkilan apabila pelakon filem itu tidak memenangi kategori masing-masing, lalu mendedikasikan trofi berkenaan kepada mereka dan seluruh kru.

“Saya sedikit terkilan apabila pelakon saya tak menang, tapi saya tahu mereka semua menyokong karya ini. Saya tujukan anugerah ini untuk semua pelakon dan kru Abah Saya, Uncle Mike,” katanya.

Menurut Ezrie, pencalonan bersama pengarah seperti Ahmad Tamimi Siregar, Bobby Husaini dan Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau Labu sudah cukup bermakna buat dirinya.

“Memang tak jangka apa-apa sebab kami cuma gembira dapat tercalon. Dalam kategori yang sama ada nama-nama besar, Datuk Tamimi, Bobby. Arwah Labu pula sangat hebat karyanya. Saya terharu dapat tercalon bersama mereka,” jelasnya.

Mengulas filem seterusnya, Hak: Tuntut Atau Tunduk, Ezrie berkata karya itu bakal menemui penonton pada Disember ini.

“Saya yakin kami ada pasukan yang bagus dan dapat menghasilkan cerita yang baik. Bukan untuk memenangi anugerah sekali lagi, tapi seperti yang saya cakap tadi, saya mahu kisah itu memberi kesan kepada mereka di luar sana,” katanya.

Sekadar info, Ezrie mengatasi empat calon lain iaitu Ahmad Tamimi Siregar (Denu), Bobby Husaini (Libang Libu), Allahyarham Nurhanisham Muhammad (Malam Terlarang) dan Tham Wai Fook (Circus of Life).

Filem cereka sulung arahannya itu diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, seorang lelaki yang membesarkan tiga anak angkat Melayu sambil menghormati pegangan agama mereka.

Anda mungkin berminat dengan

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement