Laman Utama

Astro Memperkukuh Pek TV dengan Netflix pada Pek Sports Plus dan Movies Plus

Izwan Isa
22/10/2022
17:50 MYT
Peminat sukan dan filem kini boleh menikmati tawaran kandungan yang lebih banyak dengan pakej baharu Astro, Pek Sports Plus dan Movies Plus.
Kedua-dua pek baharu ini mempunyai semua saluran kegemaran anda dan aplikasi penstriman daripada Pek Sports dan Pek Movies seperti beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar dan HBO GO, dan kini turut mempunyai tambahan Netflix serta rancangan Korea dan seram terbaik dengan serendah RM129.99/sebulan*.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro - Designate, Euan Smith berkata, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pengalaman hiburan, Astro berbesar hati untuk memperkenalkan dua Pek TV baharu iaitu Sports Plus dan Movies Plus dengan kandungan premium Netflix.
“Setelah mendengar maklum balas daripada pelanggan dan bakal pelanggan, kami berbesar hati kerana dapat menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan dan nilai yang lebih baik dengan cara ini.
“Peminat sukan kini boleh menikmati kesemua 64 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 serta perlawanan sukan terbesar dan pada masa yang sama, menonton Netflix dengan lancar bersama Astro.
“Pelanggan yang melanggan dua Pek baharu ini akan menikmati lebih penjimatan sambil menerokai kandungan yang lebih luas, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi hiburan nombor satu Malaysia,” katanya.
Menerusi Pek Sports Plus, pelanggan bakal menikmati Netflix serta menyaksikan aksi sukan terbesar dalam resolusi 4K seperti Piala Dunia Qatar 2022, Liga Perdana, Formula 1, UFC, NBA dan Liga Juara-Juara UEFA.
Pelanggan juga boleh menikmati kandungan aplikasi beIN SPORTS CONNECT yang memberikan akses kepada liga bola sepak utama Eropah seperti UEFA Europa League, LA Liga, Ligue 1 dan Serie A secara SIARAN LANGSUNG dan on-demand, sebagai tambahan kepada lebih 3,000 jam siaran secara siaran langsung sukan tenis termasuk Piala ATP dan Laver.
Pek Movies Plus pula dilengkapi dengan semua kandungan nilai tinggi yang terkenal di Netflix, sebagai tambahan kepada perkhidmatan penstriman lain termasuk Disney+ Hotstar yang membolehkan pengguna menikmati drama Korea popular The Golden Spoon dan One Dollar Lawyer, rancangan variety Korea THE ZONE: Survival Missiondibintangi oleh Yu Jaeseok, Lee Kwang Soo dan Kwon Yuri dan siri popular terbaru dari Marvel Studios, She-Hulk: Attorney at Law; serta Everything Everywhere All at Once, pengembalian siri perjalanan masa klasik, Quantum Leapdan musim kedua drama fiksyen sains popular, La Brea di HBO GO.
Naib Presiden Kerjasama, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski berkata: “Di Netflix, matlamat kami adalah untuk membawa hiburan terbaik kepada pengguna dan kami gembira kerana melalui kerjasama yang diperluaskan bersama Astro, lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat menikmati pelbagai kandungan yang lebih luas daripada katalog kami - daripada filem Hollywood yang dinanti-nantikan, siri Korea yang sangat digemari daripada pelbagai genre, cerita daripada pengkarya Malaysia dan banyak lagi.
“Juga sebagai sebahagian daripada tawaran sukan dan hiburan yang berkualiti dan dipertingkatkan,” katanya.
Sebagai tawaran istimewa pelancaran, pelanggan baharu akan dapat menikmati salah satu daripada kedua-dua pek dengan hanya RM119.99/sebulan* selama 18 bulan.
Dengan kemasukan Netflix bermakna anda boleh strim rancangan terbesar seperti thriller komedi yang dibintangi oleh aktres yang memenangi anugerah Jeon Yeo-Bin dan Nana (After School), Glitch; K-Drama percintaan akan datang, 20th Century Girl (21 Oktober); dan kisah aksi fantasi epik serta pengembaraan berdasarkan buku terlaris Soman Chainani, The School for Good and Evil (19 Oktober).
Untuk lebih keterujaan, dengan kandungan Seram dan Korea yang turut disertakan dalam pek, anda boleh mula menonton Mental Coach Jegal and Young Actors’ Retreat di tvN; Gaus Electronics dan Blind di K-Plus; dan filem seram komedi tempatan, Hantu Kuat Ketawa dan komedi fantasi The House with a Clock in Its Walls di BOO.
Untuk pengalaman hiburan yang terbaik, langgan Pek Sports Plus atau Movies Plus hari ini dengan melayariwww.astro.com.my.
*Tawaran dalam talian RM119.99/sebulan untuk 18 bulan akan berakhir pada 18 Disember 2022 dan hanya ditawarkan kepada pelanggan dengan kontrak 24 bulan. Harga asal RM129.99 akan dicaj selepas 18 bulan. Pek Sports Plus dan Movies Plus disertakan dengan kontrak 0, 12 atau 24 bulan, namun pendaftaran kali pertama untuk Pek Sports Plus dan Movies Plus memerlukan komitmen selama 12 bulan atau lebih. Pilihan kontrak 0 bulan hanya tersedia untuk pembaharuan berikutnya. Tertakluk kepada terma & syarat.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

gempak
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).
goldmovie

#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

gempak
15/07/2024
13:25 MYT
Pelakon watak Cheah Liek Hou, Jack Tan menyatakan bahawa atlet badminton paralimpik tersebut berasa gembira dengan kejayaan watak yang dibawakan.
goldmovie

#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

gempak
13/07/2024
12:05 MYT
Menceritakan tentang pengorbanan dan usaha dalam mengecapi kejayaan, filem Gold berjaya meraih perhatian pengarah yang terkenal dengan karya-karya menyentuh hati, Chiu Dao.
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.