Berita baik buat penggemar filem dan drama khususnya yang kerap menonton melalui Netflix, Astro kini memperkenalkan alat kawalan jauh Ultra Box baharu yang dilengkapi butang perkhidmatan strim berkenaan.

Menerusi alat kawalan jauh baru ini, anda boleh akses Netflix dengan lebih mudah dan pantas, terus ke laman strim tersebut.

Untuk pengguna Astra Ultra Box sedia ada pula, anda masih boleh mengakses Netflix dan beberapa aplikasi masa depan menerusi halaman utama Astro.

Selebihnya, ciri-ciri lain dan antaramuka atau ‘user interface’ untuk alat kawalan jauh baru ini pula masih sama dan tidak berubah.

Menerusi gambar yang didedahkan, terdapat empat butang tambahan pada alat kawalan jauh tersebut termasuklah butang aplikasi, filem, store dan sukan.

Pastinya dengan alat kawalan jauh baru ini akan memudahkan pengguna untuk akses saluran atau program kegemaran.

Apapun nantikan kemuncul versi baru ini tidak lama lagi.

Anda boleh lihat info lanjut di https://product.astro.com.my/apps/netflix