gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
HIBURAN
Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Nak Didik Anak Hidup Bersederhana - “Mungkin Cara Saya Sedikit Berbeza…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Astro Tingkatkan Inisiatif, Memartabatkan Kandungan Tempatan Setanding Produksi Antarabangsa

Mya Amri
Mya Amri
10/11/2022
07:28 MYT
Sponsor Banner
Astro Tingkatkan Inisiatif, Memartabatkan Kandungan Tempatan Setanding Produksi Antarabangsa
Buat julung kalinya, Astro Showcase Party telah berlangsung dengan meriah bertempat di Menara Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam majlis tersebut, Astro juga mempersembahkan sajian kandungan-kandungan terbaharu sepanjang hujung tahun 2022 sehingga awal 2023.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan kualiti, kuantiti serta variasi koleksi kandungan- kandungan tempatan demi memperkukuhkan kedudukan Astro sebagai penyiar dan penghasil kandungan tempatan utama di negara ini.
“Dengan berbangganya, kami memaparkan kandungan-kandungan baharu yang bakal menemui penonton-penonton Astro serta yang kini bersiaran di Astro.
“Kami teruja untuk mengumumkan kembalinya dua rancangan variasi gergasi di Astro, All Together Now Malaysia 2 dan The Masked Singer Malaysia 3.
“Kedua- dua rancangan realiti ini ternyata mempunyai kekuatan masing-masing dalam membawa peminat- peminat hiburan ke platform kami.
“All Together Now Malaysia 2 membuktikan bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat terpendam dan rancangan ini memberikan mereka peluang untuk mengecapi impian mereka.
“Dalam pada itu, drama rantaian Jesnita yang bersiaran di Astro Prima turut menampilkan kekuatan penceritaan serta casting yang hebat.
“Pastinya, setiap epsiod drama rantaian ini akan membuahkan perbualan di alam maya dan bakal trending di kalangan peminat-peminat drama tempatan,” jelasnya.
Lebih manis lagi, drama premium Astro Originals One Cent Thief mencipta rekod menjadi drama nombor satu pilihan penonton di platform On Demand dengan jumlah unique viewers sebanyak 159 ribu sehingga episod empat.
Istimewanya lagi, Astro Showcase Party turut menyaksikan gimik pantulan One Cent Thief yang berdurasi selama 5 minit di Menara Kuala Lumpur sehingga mencuri tumpuan warga ibu kota.
Selain itu, antara kandungan-kandungan yang dipaparkan adalah rancangan variasi popular seperti All Together Now Malaysia 2 dan The Masked Singer 3.
Drama rantaian terkini termasuk Jesnita, drama Tamil tempatan, Vengaiyan Magan, produksi Astro Originals seperti One Cent Thief dan siri berbahasa Cina, Lost & Found serta filem-filem terbitan Astro Shaw seperti animasi adiwira popular, Mechamato The Movie, Didi & Friends The Movie dan Polis Evo 3.
All Together Now Malaysia 2 bakal memulakan siarannya pada 11 Disember, setiap Ahad bermula jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Program ini akan menyaksikan penyanyi dan juga juri tetap Gegar Vaganza 9, Datuk Syafinaz Selamat sebagai Kapten baharu.
Manakala The Masked Singer Malaysia 3 pula bakal menyerikan malam Jumaat bermula pada 23 Disember di Astro Warna (saluran 107).
Tiga lagi filem yang akan ditayangkan adalah Mechamato The Movie (8 Disember 2022), Didi & Friends The Movie dan Polis Evo 3 pula bakal menemui penonton di pawagam pada 2023.
Acara Astro Showcase Party ini dikuasakan oleh Astro Fibre sebagai penaja utama.
Dengan proposisi ‘Satu Rumah Satu Internet’, Astro Fibre bukan sahaja mahu memberikan rangkaian internet pantas tetapi kandungan-kandungan hiburan yang hebat tanpa henti dengan Astro + 50Mbps WiFi Kencang dengan hanya RM129 sebulan.
Topic Berkaitan
#Astro
#One Cent Thief
#All Together Now Malaysia 2
#Astro Showcase Party
#The Masked Singer Malaysia 3
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement