,
Laman Utama

Astro Umum Tunku Ali Redhauddin Sebagai Pengerusi Baharu

Hanafis Haris
21/06/2022
11:06 MYT

Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini mengumumkan Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang sedang berkhidmat sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah sebagai Pengerusi baharu Astro bermula 23 Jun 2022.

Tun Zaki Tun Azmi yang berkhidmat sebagai Pengerusi Astro sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012 bersara atas konklusi Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Astro esok.

Beliau berkata , sebagai Pengerusi Astro, dia berpeluang bekerjasama dengan kumpulan yang kreatif, inovatif dan bersemangat dalam industri ini.

“Saya amat berpuas hati dengan progres transformasi terkini Astro apabila Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan mengatasi cabaran- cabaran serta menggunakan peluang sepenuhnya dari industri media yang sentiasa berkembang.

“Tahun kewangan berakhir 2022 (FY22) merupakan tahun yang mengujakan untuk Astro dengan pelbagai pelancaran produk inovatif seperti Ultra dan Ulti Box, ‘Plug & Play’ Box yang mampu berfungsi dengan penggunaan jalur lebar, aplikasi penstriman pertama mobil, sooka serta Astro Fibre iaitu tawaran jalur lebar pantas pertama kami.”

“Setelah berkhidmat di Lembaga Pengarah lebih dari 9 tahun, kini tiba masanya untuk bersilih Pengerusi, dan saya mengucapkan tahniah kepada Tunku Ali atas pelantikan baharunya.

“Saya yakin dengan sokongan dan komitmen berterusan daripada Lembaga Pengarah dan Team Astro, Astro mampu berkembang dan kekal kuat di bawah pimpinan beliau.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah serta kesemua warga kerja Astro atas sokongan mereka dalam perjalanan yang penuh bermakna bersama Astro.

“Akhir sekali, saya ingin memanjangkan penghargaan saya kepada para pelanggan yang dihormati, rakan niaga, vendor dan para pemegang saham atas sokongan, keyakinan, naungan dan persahabatan berterusan mereka.”

Sementara itu, Tunku Ali Redhauddin berkata, beliau amat berbesar hati atas pelantikan sebagai Pengerusi baharu oleh Lembaga Pengarah Astro.

“Astro merupakan jenama peneraju utama Malaysia yang begitu sinonim dengan kandungan dan hiburan hebat dengan penggunaan teknologi inovatif.

“Saya teruja untuk bekerja dengan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan dalam meneruskan perjalanan Astro yang seterusnya di mana kami akan mengukuhkan lagi posisi kami dalam industri dengan mengutamakan para pelanggan.

“Mewakili pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun Azmi atas pimpinan dan sumbangan beliau kepada Astro selama ini,” katanya.

Untuk makluman, Tunku Ali memegang Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarah dan Sosial & Sains Politik dari Universiti Cambridge serta Master dalam Pentadbiran Awam dari John F Kennedy School of Government, Universiti Harvard.

Pada tahun 2013, beliau diiktiraf sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Dunia dan Asia 21 Young Leader oleh Asia Society.

Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Bumi Armada Berhad dan Taliworks Corporation Berhad serta menduduki lembaga pengarah untuk Bangkok Bank Berhad dan Sun Life Malaysia Assurance Berhad.

Sebagai Penasihat Senior kepada TPG Capital, beliau menduduki lembaga pengarah untuk beberapa portfolio termasuk Pathology Asia Holdings, CVS KL, XCL Education Malaysia dan Columbia Asia.

Beliau turut merupakan Pengerusi untuk Yayasan Munarah, Teach for Malaysia, Cancer Research Malaysia dan WWF Malaysia serta Pemegang Amanah untuk Amanah Warisan Negara.

Pada masa yang sama, beliau merupakan Pro-Canselor di Universiti Sains Islam Malaysia, Pengerusi Lembaga Gabenor untuk Marlborough College Malaysia dan Brigedier Jeneral serta Komander Rejimen untuk Rejimen Askar Wataniah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyesuaian Harga Netflix: Ini Makluman Penting Untuk Pelanggan Astro

gempak
14/11/2024
07:50 MYT
Netflix mengumumkan pada hari ini bahawa harga langganan untuk semua pelan (Basic, Standard, dan Premium) akan diselaraskan di Malaysia, berkuat kuasa pada Khamis, 14 November 2024, pada jam 10 pagi.
Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
13/11/2024
07:58 MYT
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
gegar-vaganza-11

Gegar Vaganza 2024 (GV11) – Musim Ke-11 Bermula dengan Barisan Bintang Terhebat di Malaysia

gempak
06/11/2024
10:26 MYT
Gegar Vaganza 2024 (GV11) kembali dengan 14 peserta hebat seperti Ronnie Hussein, Nai Dinamik, dan Ning Baizura, serta penampilan penyanyi legendaris dari Indonesia. Saksikan aksi mereka secara langsung di Astro Ria atau strim melalui Astro GO dan sooka, bermula 24 November 2024
Berita

Premier League Dan Astro Bekerjasama Perangi Cetak Rompak Digital Di Malaysia

gempak
28/10/2024
04:36 MYT
Kempen ‘Boot Out Piracy’ kali ini menampilkan bintang bola sepak ternama seperti Alisson Becker (Liverpool FC), Alejandro Garnacho (Manchester United), Jean-Philippe Mateta (Crystal Palace), Hwang Hee-chan (Wolves), dan Bukayo Saka (Arsenal).
Unitar