Tidak dinafikan, pada masa kini semakin ramai pembikin filem atau drama yang mencipta naskhah dengan memilih tema daripada permainan video game dan buku animasi.

Ini kerana, naskhah yang berkisarkan video game dan buku sering membawakan jalan cerita yang berlainan dengan memaparkan kepincangan dalam dunia teknologi tinggi yang berbeza daripada dunia nyata.

Namun, tahukah bahawa anda kini boleh menyaksikan banyak naskhah bertemakan video game dan buku hanya menerusi aplikasi Astro GO? Tak percaya? Tapi itulah kebenarannya. Paling penting ia percuma buat semua pelanggan Astro.

Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda lima filem dan drama bertemakan video game serta buku yang menarik untuk ditonton.

#1: The Last of US S1

Sinopsis: The Last of Us berlaku 20 tahun selepas tamadun moden telah musnah. Joel, seorang pejuang yang luar biasa, diupah untuk menyeludup Ellie, seorang gadis berusia 14 tahun untuk keluar daripada zon kuarantin yang teruk. Bermula dengan kerja yang dianggap kecil pada awalnya dan kemudian bertukar menjadi kisah yang kejam dan menyayat hati kerana mereka berdua mesti merentasi Amerika Syarikat dan bergantung antara satu sama lain untuk terus hidup.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/PkjjrXk9aoyXHmni7

#2: Game of Thrones

Sinopsis: Siri drama fantasi Amerika Syarikat dicipta oleh David Benioff dan D. B. Weiss ini pada awalnya disiarkan khas untuk HBO. Ia merupakan adaptasi A Song of Ice and Fire, siri novel fantasi karya George R. R. Martin, yang pertama ialah A Game of Thrones.

Rancangan ini diterbitkan dan difilemkan oleh Belfast dan United Kingdom. Difahamkan, lokasi penggambaran dilakukan di Kanada, Croatia, Iceland, Malta, Maghribi, dan Sepanyol. Siri ini memulakan tayangan perdana di HBO di Amerika Syarikat pada 17 April 2011, dan tamat pada 17 Mei 2019, dengan 73 episod disiarkan dalam lapan musim.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/HeTuissxHKu4GdFA9

#3: Rampage

Sinopsis: Seorang pakar primatologi bernama Davis Okoye telah ditugaskan untuk menjaga seekor gorila albino berpunggung berwarna perak yang pintar bernama George sejak gorila itu dilahirkan.

Walau bagaimanapun, eksperimen genetik yang dilakukan telah menjadikan George yang lembut berubah menjadi makhluk raksasa yang ganas dan suka mengamuk. Selain gorila , haiwan lain seperti serigala dan buaya juga telah mengalami perubahan yang sama.

Ketika ketiga-tiga makhluk itu mengamuk di seluruh Amerika Utara sehingga mencetuskan perang antara satu sama lain untuk ketuanan, Okoye berlumba dengan masa dengan seorang jurutera genetik yang diragui untuk mendapatkan penawar dan menyelamatkan George.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/96Uyy3mbX6984vTM8

#4: Sonic The Hedgehog 2

Sinopsis: Selepas menetap di Green Hills bersama Tom dan Maddie Wachowski, Sonic the Hedgehog tidak sabar untuk membuktikan dirinya sebagai wira sejati.

Apabila Dr. Robotnik kembali dengan rakan kongsinya yang baharu, Knuckles The Echidna, mereka telah merancang mencari zamrud mistik yang mempunyai kuasa untuk digunakan dengan tujuan memanipulasi realiti. Sonic bekerjasama dengan rakan, Tails the Two-Tailed Fox untuk memulakan perjalanan mengembara dunia untuk mencari zamrud sebelum jatuh ke tangan yang salah.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/1L78FecpYPpmPdzg7

#5: The Hunger Games

Sinopsis: Di kawasan yang pernah menjadi Amerika Utara, Capitol of Panem mengekalkan pegangannya di 12 daerah dengan memaksa penduduk disitu dengan mengarahkan mereka untuk masing-masing memilih seorang lelaki dan perempuan, dipanggil Tributes, untuk bertanding dalam acara yang disiarkan secara nasional iaitu Hunger Games. Setiap rakyat mesti menyaksikan pemuda itu berjuang hingga mati-matian sehingga seorang sahaja kekal hidup.

Daerah 12 Tribute Katniss Everdeen mempunyai sedikit untuk bergantung selain daripada kemahiran memburu dan nalurinya yang tajam, dalam arena di mana dia mesti menimbang kelangsungan hidup berbanding cinta.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/1JuEaBngL4sgqd3AA

***

Tiada aplikasi Astro Go untuk menonton drama menarik di atas? Jangan khuatir, Ikuti cara mudah ini untuk memuat naik Astro Go di telefon pintar dan gajet anda sekarang.

-Muat naik aplikasi Astro GO dengan hanya klik di sini (Google Play Store) atau di sini (Apple Store). Cara lain ada juga boleh strim secara terus melalui komputer riba anda di astrogo.astro.com.my.

-Sambungkan Astro ID anda kepada Astro GO dengan mengikuti step di sini

-Log masuk Astro Go dengan mendaftar menggunakan Astro ID anda

-Pilih dan layan drama kegemaran anda sekarang

-Atau scan QR code di bawah untuk mendaftar