Pelakon Abby Abadi, 44, memohon agar individu yang meminta bantuan kewangan daripadanya tidak terus mendesak.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendedahkan dia menerima banyak mesej namun perlu ditapis bagi mengelak daripada ditipu.

"Yang minta dibantu, ada rezeki insya-Allah. Jangan memaksa ya. Tak suka. Tak payah mesej atau hubungi berkali-kali.

"Lepastu mohon tak semestinya dapat terus. Terlalu ramai yang meminta. Saya akan pilih-pilih juga.

"Sebab tahu ada ja yang menipu. Baru buat Instagram pun saya kena siasat juga. Amanah orang ini.

"Merayu-rayu kata kesian anak-anak saya. Lepastu saya tengok Instagram elok saja posing sorang macam orang bujang.

"Elok dah saya bersangka baik tapi ada juga yang mencurigakan. Macam mana?" tulisnya.



Abby berkongsi luahan hati itu menerusi Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas akui terpaksa menyekat satu akaun kerana sikap individu tersebut yang tidak menyabar.

"Setakat ini seorang dah kena block sebab over sangat. Yang lain-lain jangan over tau. Ada rezeki dapat nanti.

"Solat dan sabar. Berharaplah hanya pada Allah okey," tulisnya lagi.

Terdahulu, Abby sedang mengumpul dana Wallet Kasih PKP untuk membantu keluarga terutamanya yang terjejas ketika pandemik COVID-19.