Bagi pendengar setia ERA pasti akan bersimpati dengan nasib Ray yang sering dibuli oleh Johan dan Haniff dalam slot JoHara Pagi ERA.

Malah, baru-baru ini pun ray menjadi bahan apabia kurang memberi komitmen dan bersikap acuh tak acuh semasa ke udara.

Ray pula kelihatan sunyi dan sedih kerana Johan dan Haniff sering mencari kesilapannya.

Untuk mendapatkan sokongan, Ray berhajat untuk menjemput ‘seseorang’ ke JoHara Pagi ERA dan bersemuka dengan Johan dan Haniff.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)


Siapakah ‘seseorang’ yang dimaksudkan oleh Ray? Adakah ‘JoHara Pagi ERA’ menambah personaliti baharu untuk digabungkan bersama Johan, Haniff dan Ray?

Peminat ERA boleh menantikan jawapan kepada soalan-soalan ini pada Isnin, 22 Februari di laman rasmi, media sosial Facebook dan Instagram ERA.