Berita
"Asyik Tanya Pasal Anak Je" - Fizi Ali Risau Isteri 'Terasa'
Penyampai radio Suria, Fizi Ali mengakui kehidupannya sebagai seorang bapa membuatkan dirinya menjadi lebih bertanggungjawab.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fizi menjelaskan dia tidak lagi menghabiskan masa untuk melepak sebaliknya ingin pulang awal ke rumah bersama anaknya, Ameena Sofia selepas pulang bekerja.
"Bila ada anak ni lain rasanya, dulu habis kerja lepak sana sini, petang baru balik.
"Sekarang ni habis je kerja benda pertama pikir nak balik jumpa anak tapi kadang-kadang kesian jugak kat sis Killa kerana asyik tanya pasal anak je. Pasal dia tak tanya pun, memang biasa ehh macam tu," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata beranggapan bahawa perubahan yang terjadi kepada Fizi adalah sesuatu yang normal bagi individu bergelar bapa.
"@senduk_besi: Harap-harap berkekalan la sampai anak ke-8 nanti, sebab selalunya nak pertama je semangat macam ni, bila lebih dari 1 ni mula la nak mengelak balik rumah."
"@raira.syaira: Betul tu, tengah-tengah kerja pun bila ingat dekat anak boleh senyum sendirikan."
"@nafshopresources: Aah biasa macam tula ada anak memang anak jela, bini dilupakan."
"@nss_intan: Aah memang macam tu, suami sibuk tanya pasal anak je, maknya tak nak ditanya."
Fizi dan isterinya, Shakilla Koriri telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada bulan Mac lalu.
Must-Watch Video