Pelakon Atikah Suhaime memberi bayangan bahawa kedatangan Aidilfitri kali ini merupakan lebaran terakhirnya disambut sebagai seorang bujang.

Bahkan, menurut Atikah dia juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Mungkin (raya terakhir sebagai bujang). Doakan saya sahajalah ya. InsyaAllah dah bersedia (bergelar isteri)," katanya ketika dihubungi Gempak.

Kata Atikah lagi, dia kini berada bersama keluarganya di Singapura sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Singapura kalau nak nikah online orang tu harus ada di Singapura.

"Cehh, dah buat research," selorohnya ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk berkahwin secara dalam talian berikutan PKP.



Sebelum ini, pelakon Dendam Cinta Arissa itu mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan tempatan, Datuk Lokman Teh.

BACA: Atikah Suhaime Akhirnya Akui Datuk Lokman Teh Kekasih Baharu

Hubungan tersebut dikatakan mula terjalin pada Julai tahun lalu.



Sebelum ini Atikah pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Awie Rafael.

Bagaimanapun, hubungan tersebut terlerai pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.

Saksikan drama lakonan Atikah Suhaime di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!