Laman Utama

Atlet Badminton Tewas, Ada Pula Yang ‘Racist’ Bagi Komen Sampai Ditegur Menteri! – Pengajarannya…Kena Sangat Dengan Olympic Dream!

gempak
Fiza Kamarudin
04/10/2021
12:49 MYT
Sponsor Banner
Atlet Badminton Tewas, Ada Pula Yang ‘Racist’ Bagi Komen Sampai Ditegur Menteri! – Pengajarannya…Kena Sangat Dengan Olympic Dream!
Tiada perbezaan di antara kita, serta kekalkan semangat perpaduan tanpa mengira warna kulit, agama atau darjat ini mesej penting yang dibawakan menerusi filem Olympic Dream.
Adat pertandingan pasti ada kemenangan dan kekalahan, semangat dan sikap tidak berputus asa perlu ada dalam diri seseorang untuk mencapai kejayaan dan impian – ini kata pengarah dan penerbit Olympic Don Hoe.
Malah, sokongan dan kata-kata positif juga penting untuk menaikkan kembali semangat atlet, lebih-lebih lagi mereka gagal mencapai apa yang diinginkan.
Contohnya seperti dalam babak ketika Rashid Sidek menasihati Wong Anna (lakonan Adelle Ng) yang sedang mengalami krisis dalaman dan tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri.
Wong Anna akhirnya kembali bersemangat selepas ditegur Rashid Sidek yang mahu dia terus fokus sekiranya mahu ke beraksi di Sukan Olimpik!
Kesimpulannya, kata-kata negatif secara tidak langsung dapat mengganggu kesihatan mental orang lain, kalau tidak kena gayanya.
Jadi tidak hairanlah jika Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membidas kalangan netizen yang mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap salah seorang pemain badminton negara, selepas skuad muda negara itu terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland, pada Sabtu lalu.
"Ada di kalangan keluarga Malaysia kita ini dia macam umpama setandan pisang, ada yang elok ada yang buruk.
"Jadi ada juga keluarga kita ini yang bangang-bangang dan bodoh yang tak tahu guna bahasa baik tak kira keluarga Malaysia kita ini dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut.
"Tak kira bangsa, mereka berjuang untuk mengharumkan negara nama Malaysia.
"Jangan kita hina bangsa, kulit, agama sesiapa juga yang telah berjuang untuk negara kita," kata Ahmad Faizal.
Kejadian ini sangat dekat dengan cerita di sebalik sukan badminton yang ditonjolkan Don Hoe menerusi Olympic Dream.
Tidak wajar melemparkan komen berbaur perkauman kerana, semua pemain negara tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia!
Come on Malaysian, we are better than this!
Pada Sabtu malam, skuad muda badminton negara terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas tumpas 1-3 di tangan Jepun.
Terdahulu, mereka memberi persembahan cemerlang sebelum menewaskan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada peringkat suku akhir.
Jom ubat balik hati dengan menonton Olympic Dream di Pawagam Rumah Anda, Astro First hari ini!
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live