All Together Now 2022

ATNM2: Pak Nil Minta Kelly Azman Jumpa Doktor Telinga, Ini Respon Empunya Badan! - "Saya Bukannya Pekak..."

Syafiqah Jalal
12/12/2022
02:00 MYT
Kembali lagi sebagai juri untuk All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2), nama Kelly masih jadi tumpuan pada minggu pertama.
Kelly disindir ada masalah telinga oleh juri lain Datuk Aznil Hj Nawawi selepas menjadi antara dua juri yang tidak berdiri memberikan markah kepada peserta pertama malam tadi iaitu Nadeera.
Tidak bersetuju dengan teguran Aznil atau Pak Nil itu, Kelly menjelaskan dia mempunyai penilaian tersendiri pada persembahan berkenaan.
“Bagi saya sindirian Pak Nil tu tak relevan lah. Saya bukan pekak tak boleh mendengar nak suruh saya pergi jumpa doktor telinga?
“Tak sepatutnya dia cakap macam itu kepada saya kerana saya menilai persembahan Nadeera dari sudut yang berbeza.
“Saya akui dia mempunyai suara yang bagus tapi dia tertalu ‘over do’ dan terlalu bingit kerana menjerit.
“Bagi saya dia tiada aura dan X-factor sebagai artis susah untuk dia berada di dalam dinustri ini di masa akan datang,” katanya kepada Astro Gempak.
Nadeera mendapat 96 markah apabila kesemua juri bangun kecuali Kelly dan Ifa Raziah pada siaran minggu pertama ATNM2 malam tadi.
Bagaimanapun Nadeera berjaya melayakkan diri ke peringkat final bersama Ranisha selepas dia berjaya dalam pusingan Sing-Off menewaskan Fariz di akhir rancangan semalam.
Pun begitu, Kelly tetap dengan pendirian bahawa Nadeera tidak layak mara ke peringkat akhir.
“Sepatutya dia tak layak ke final, banyak lagi peserta lain yang lebih bagus berbanding dia pada malam tadi,” katanya lagi.
ATNM2 mempersembahkan 50 barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Aku Dah Popular Pun Sebelum Dia Popular" - Kelly Azman Nafi Tumpang Glamor Aizat Saha

gempak
31/03/2024
09:55 MYT
Selebriti versatil Kelly Azman menafikan tuduhan segelintir warganet bahawa dirinya cuba menumpang populariti pempengaruh Aizat Saha.
Hiburan

"Ketika Ditawarkan Saya Tak Berkata Tidak" - Kelly Azman Teruja Jadi Pengacara Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang

gempak
12/01/2024
05:21 MYT
Selebriti versatil Kelly Azman teruja diberikan peluang untuk mengacarakan pentas konsert Wali Cari Jodoh & Dawai yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada 3 Februari nanti.
Laman Utama

Netizen Kaitkan Video Pengacara Onani Dengan Kelly Azman, Ini Komen Tuan Badan! - "Maaf Saya Tiada Video Lucah"

gempak
24/11/2023
02:55 MYT
Bukan Kelly Azman tu...
Laman Utama

Mya Herry Takkan Lupa Momen Manis Sertai D’Academy Asia 6, Tampil Lagu Galau Putus Cinta!

gempak
21/10/2023
12:14 MYT
Tuah orang kita tak tahu...
Laman Utama

"Nak R*men, Cium Awak.." - Kelly Azman Terima Mesej Lucah, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang!

gempak
19/09/2023
12:30 MYT
Siapa yang hantar DM lucah kepada Kelly Azman?