All Together Now 2021

ATNMY: Pertama Kali Berlaku! Tiga Peserta Dapat 100 Markah! AC Mizal Main Peranan Penting...

Asraf Aided
07/11/2021
23:40 MYT
Konsert All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kesembilan berlangsung dengan meriah seperti yang disiarkan malam tadi.
Idris Brown berjaya ke konsert final apabila meraih markah seratus peratus ditemani oleh Amal Fauzee yang juga mendapat markah seratus peratus dalam pusingan sing off.
Menariknya, pesaing Amal iaitu Triokers juga mendapat markah seratus peratus ketika sing off, namun ketua juri Dato' AC Mizal membuat keputusan untuk mempertahankan Amal.
Di sini, Gempak imbaskan kembali markah setiap peserta bersama sedikit info mengenai mereka.
Eranzz Lambert - 92 Markah
Eranzz, 33, merupakan peserta pertama yang membuka tirai. Dia aktif menyanyi dan bertanding sebelum ini. Eranzz juga suka tampil dengan gaya yang berbeza ketika membuat persembahan.
Fozai Joned - 16 Markah
Peserta ini pula berusia 55 tahun, berasal dari Perak dan bekerja sebagai polis trafik.
Syasya - 26 Markah
Syasya, 19, berasal dari Kedah dan masih seorang pelajar.
Heidi Moru - 72 Markah
Heidi berusia 27 tahun dan merupakan seorang penyanyi sambilan. Dia sudah mula menyanyi sejak usia 10 tahun.
Hanny Maru - 48 Markah
Hanny, 18, merupakan seorang penari. Ini merupakan pertama kali dia menyertai pertandingan nyanyian.
Amal Fauzee - 96 Markah
Peserta ini pula berusia 24 tahun dan aktif sebagai penyanyi sambilan.
Eeza Zainal - 86 Markah
Eeza, 28, merupakan kakak kepada Ajoi Zainal yang memenangi konsert minggu pertama ATNMY. Selain aktif menyanyi, Eeza juga merupakan seorang suri rumah.
Samsulfais - 20 Markah
Samsulfais berusia 34 tahun dan seorang bekas pemain bola sepak. Fais juga sempat meluahkan hasratnya untuk bertemu ayahnya yang sudah lama tidak berjumpa dalam siaran malam tadi.
Syabil - 62 Markah
Syabil berusia 13 tahun dan tentunya masih seorang pelajar.
Iss Arfan - 46 Markah
Iss, 21, sebelum ini mempunyai pendapatan namun hilang pekerjaan sejak pandemik COVID-19 melanda. Selain itu, Iss juga merupakan seorang streamer permainan PUBG.
Sathia - 76 Markah
Sathia, 39, merupakan seorang jurutera IT.
Ummu Nadiah - 82 Markah
Ummu yang berusia 26 tahun merupakan seorang pelajar kejuruteraan. Sebelum ini, Ummu pernah viral menyanyikan lagu Hurt nyanyian asal Christina Aguilera.
Intan Nyanya - 68 Markah
Intan, 20, adalah seorang pelajar dan sudah biasa menyanyi di luar.
Idris Brown - 100 Markah
Idris berusia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang kru backline (kerja belakang tabir).
Suzhie Hanna - 62 Markah
Suzhie, 28, aktif sebagai penyanyi sambilan.
Triokers - 94 Markah
Kumpulan trio ini menggabungkan tiga vokalis, bukannya campuran dengan pemain muzik seperti kumpulan rock lain.
Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta ATNMY kerana berjaya dan berani tampil membuat persembahan di hadapan para juri yang hebat dalam bidang masing-masing.
Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan tentunya konsert final akan menemui anda pada minggu hadapan!
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT