Konsert minggu kedua All Together Now Malaysia (ATNMY) berlangsung dengan meriah malam tadi.

Ash Fasryll telah mendapat markah penuh seratus peratus daripada para juri lantas melayakkannya ke pentas final.

Sementara Saiful Anwar menumpaskan Kade Shaib dalam pusingan sing off dan layak ke final bersama Ash Fasryll.

Jom imbas kembali markah peserta bersama info mengenai mereka.

Nuim - 52 Markah

Nuim merupakan seorang jejaka berusia 24 tahun dan bekerja di belakang tabir sebagai komposer jingle.

Lailatul Aida - 28 Markah

Aida merupakan seorang busker, dia suka mengambil cabaran untuk mencuba perkara-perkara baru.

Ohsempella - 92 Markah

Tampil berkumpulan, Ohsempella amat mementingkan nilai harmonis dalam nyanyian. Mereka juga berharap penyertaan dalam ATNMY membuatkan kewujudan mereka dalam industri akan lebih disedari.

Asyraf Fikri - 78 Markah

Peserta ini pula merupakan seorang kerani bank berusia 28 tahun.

Haris - 86 Markah

Haris bekerja sebagai seorang kontraktor berusia 58 tahun dan sangat minat menyanyi. Baginya, usia tidak menjadi penghalang minatnya dalam bidang nyanyian.

Arm Yunus - 48 Markah

Peserta berusia 33 tahun ini bertugas sebagai juru X-ray pada waktu siang dan biasa melibatkan diri dengan hiburan waktu malam.

Anis Athilah - 28 Markah

Anis yang berusia 29 tahun merupakan seorang peminat hiburan K-Pop.

Anas Farhan - 92 Markah

Bekerja dalam Badan Kesenian Tentera Darat, Anas sudah selalu masuk pertandingan nyanyian dan menghadapi kegagalan.

Kade Shaib - 98 Markah

Kade merupakan penyanyi sambilan dan berjaya membuat persembahan meriah pada pusingan pertama. Bagaimanapun, dia tewas dalam pusingan sing off apabila hanya memperoleh 58 markah.

Zentson - 46 Markah

Zentson yang berbangsa Cina merupakan seorang penyanyi sambilan dan sudah biasa menyanyi lagu Bahasa Malaysia sejak sekolah lagi.

Tuah - 98 Markah

Tuah merupakan seorang penyanyi sepenuh masa dan selalu menyertai pertandingan nasyid di sekolah dahulu. Tuah mendapat markah sama dengan Kade namun diletakkan pada kedudukan kedua (ketika masih di podium) oleh ketua juri, Dato' AC Mizal.

Bael0n - 84 Markah

Bael0n, 24, berpengalaman sebagai seorang penari sambilan. Sekarang, Bael0n telah bergelar penyanyi di bawah label Sony Music Entertainment Malaysia.

Ku Farah Waheeda - 82 Markah

Ku Farah merupakan seorang pelajar muzik berusia 20 tahun. Dia mula menyertai pertandingan nyanyian sejak berusia 4 tahun. Selain itu, Ku Farah juga memiliki sebuah single bertajuk Bintang Hatiku.

Ash Fasryll - 100 Markah

Peserta bertuah yang meraih 100 markah ini merupakan seorang pelajar dalam jurusan kejuruteraan berusia 21 tahun.

Saiful Anwar - 98 Markah

Saiful bekerja sebagai seorang usahawan nenas. Dalam pusingan sing off, dia mengalahkan Kade dengan markah yang diperoleh sebanyak 92.

Fikri Fuad - 62 Markah

Fikri, 33, merupakan penyanyi sambilan dan pernah belajar dalam jurusan muzik.

Rey Rey - 92 Markah

Rey Rey juga seorang penyanyi sambilan. Antara yang menarik tentang peserta ini, dia pernah mewakili Malaysia dalam satu pertandingan di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama penyanyi Aina Abdul.

Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai ATNMY yang hadir dengan pelbagai latar belakang dan kisah yang mencetus inspirasi, malah ada juga yang menyentuh hati.

Saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)