ANTARABANGSA
ATS Corsa RR Turbo - Guna Enjin 2.0 L VTEC Turbo Yang Mempunyai 600hp!
Pada September tahun lalu, Automobili Turismo e Sport Automobili (ATS) mendedahkan kereta sport ringan radikal Corsa RR Turbo.
Syarikat yang diasaskan oleh pasukan kejuruteraan Ferrari F1 itu sudah sedia untuk menghantar model berkenaan ke pelanggan. Kelebihan Corsa RR Turbo adalah jentera berpretasi tinggi, padat dengan teknologi perlumbaan yang mana penyelenggaraan juga sangat kompetitif dan tidak terlalu mahal.

Apa yang menariknya, ia menggunakan enjin Honda Civic Type R 4-silinder sebaris 2.0L Turbo VTEC yang dilengkapi dengan tetapan unit kawalan elektronik (ECU), intake kustom dan ekzos manifold serta turbin Garret dan piston tempaan.

ATS Corsa RR Turbo didatangkan dengan dua varian iaitu Clubsport dan Serie Carbonio yang masing-masing dijual pada harga RM628,540 serta RM788,680.

Turut ditawarkan ialah kaliper titanium 4-piston dan brek seramik. Ciri lain yang ditawarkan termasuklah unit paparan skrin sentuh, tayar lumba Michelin dan suspensi double wishbone pushrod dengan absorber traksi elektronik menerusi pemuka logger AIM, kamera binaan dalam untuk sesi strim secara langsung (live), rim tempaan dan sistem jek udara Quicklift.

Corsa RR Turbo hanya dikeluarkan 30 unit setahun supaya dapat menyertai perlumbaan disahkan Persekutuan Automobil Antabangsa (FIA) seperti VLN Nürburgring, GT Light Class, British Hill Climb Championship, WERC Series dan SCCA Hill Climb.

Must-Watch Video