Laman Utama
Atta Halilintar Nafi Keluarga Di Malaysia Dihalau & Langgar SOP
Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar menafikan ahli keluarganya yang berada di Malaysia melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memetik laporan media Indonesia, Atta menegaskan bahawa dakwaan itu adalah berita palsu yang disebarkan oleh seorang pengguna Facebook.
Meskipun demikian, individu terbabit telahpun memohon maaf atas perbuatan itu.
"Berkaitan isu langgar SOP, itu cuma kabar angin, biasalah orang buat cerita, tapi individu itu sudahpun memohon maaf," kata menantu penyanyi Krisdayanti ini.
Terdahulu, individu sama juga mendakwa keluarga Atta tidak disukai ramai orang di Malaysia hingga ada pihak membuat petisyen untuk tidak membenarkan mereka tinggal di negara ini.
Tegas Atta, keluarganya langsung tidak dihalau, malah patuh dengan semua peraturan di sini.
"Keluarga saya tak dihalau pun, mereka pun berkawan dengan masyarakat setempat.
"Keselamatan dan keamanan amatlah penting kalau kita tinggal di sesuatu tempat, mereka pun patuh dengan semua peraturan di Malaysia," jelasnya lagi.
Sumber: detikhot
Kredit Foto: MataMata.com
Must-Watch Video